cuti raya
Antara benda yang best duduk di Malaysia ialah hari cuti yang bermacam macam. Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum majmuk maka setiap sambutan perayaan keagamaan atau kaum pasti disambut. Yang untungnya pekerja pekerja di Malaysia kerana dapat bercuti. Namun dikecualikan bagi mereka mereka yang bekerja dibahagian bahagian kritikal seperti doktor,askar dan aku :p. Namun demikian tanpa menghiraukan nasib negara (ayat macam orang penting aje) aku terus mengambil cuti panjang. Pedulikan semua hal hal duniawi ini. Baik bertemu ibubapa terchenta di kampung (ayat bodek mak)
crash..
Dua tiga hari sebelum ini, windows aku crash. Tak bole nak buat apo dah, black screen aje. Mula mula ingat nak restore lepas tu cam x berape bes je. Trus aje mencari windows 7 dan menginstallnya. Windows 7 is better than windows vista, but windows xp still the best after windows 98 hehe. Bila windows vista keluar dulu ada try guna tetapi pada masa tu terlalu awal sgt gamaknya sampai banyak benda tak leh nak guna. Plak masa tu keje sebgai penulis surat elektronik jadi banyak guna pak cik oracle. So tak berape boleh blah tambahan ia sangat berat(kira kira 0.1 tan gamaknya) windows asyik hang aje. So tanpa membuang masa terus saja menyah keluarkan windows vista pakai xp balik. Tapi sejak kerja sebagai seorang budak sekolah tak berapa menggunakan super advance program dan komputer digunakan hanya untuk tengok muvi aje. Alang alang nak tengah rajin menggode komputer terus aje install windows 7. Nampaknya ok la penggunaanya macam xp juga cuma agak ala ala mac. Dreber dreber pun kira update sebab bole recycle drebar vista. So layanz je la.
Beberapa hari kemudian tamat palk riwayat monitor aku yang digunakan dah entah berapa lama. Sejak zaman u sampai dah kerja dekat dua tahun ni akhirnya tamat la riwayat monitor yang dah berapa kali di baiki. Memang monitor dah agak agak nazak dah. Tiap tiap minggui padam kejap kejap. DIsebabkan faktor kemelesetan ekonomi rela paksa guna. Tapi last last tak sompet nak tunggu bonus dah kena ganti baru. Terpaksa la upgrade ke 23 inch lcd monitor.
kesimpulanyya gaji awal giler bulan ni sempena menyambut kehadiran tahun baru cina. Aku juga mengistiharkan diri sendiri cuti untuk seminggu kerana terpkasa ke hongkong. ayat tipu haha. gaji awal bermaksud pokai awal. dah ready siap siap beli magi untuk bekalan hujung bulan.
sekian, terima kasih.
yuna – cinta sempurna
Lirik Cinta Yang Sempurna – Yuna
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan
Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh
Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh
Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh
karangan no 1
Tahun berlalu menampakan usia aku semakin tua, semakin mendekati mati. Bila tahun berubah banyak benda keliling kita berubah tetapi seperti biasa aku memang tetap sama. Yang berubah cuma perut sahaja makin ke depan.
Bos aku telah naik pangkat sejak dua kali menolak offer sebab position tak beberapa sesuai katanya. Tapi dia memang deserve with his capabilities and talent. Respek. Teknikal, PR dan soft skill memang superb. Jaga helpdesk bukan senang 24 hours orang call maklum la wayar asik terputus aje. Tapi muka cool je walaupun nampak akhir2 ini berserabut haha. Bos dah berubah dan harap harap bos baru pun OK.
Pada suatu hari yang lepas bos datang borak borak dengan kitaorang bebudak helpdesk dan tiba tiba bertanya tentang my target for next 5 years. Soalan cam pergi interview kerajaan je. Macam bese aku memang tak ada apa apa target dan malas nak setup target. Cam bese la kalau jawab macam tu memang nak kena khutbah jumaat. Dulu masa lepas SPM, aku tak tahu nak ambik degree ape. Dengan result yang cukup makan aku pilih elektrik.Nak jadi doktor takut darah. Disebabkan electrical bidang engineering tak perlu berpanas dan berhujan haha. Alasan orang memang pemalas. Mula mula aku nak ambik animation and design(terpengaruh baca banyak gile komik) tapi macam macam tak berapa sesuai aje. Kalau tak dah tentu aku jadi penolong Mah Wing Sing haha.
Beliau memberi analogi - dalam company aku ada 23,000 orang perkerja. My department only ada ditambah tolak bahagi ada la dalam dekat dekat 600-700 kot. GM ada 1, AGM ada 4, manager ada la dalam belas belas kot dan orang orang macam aku ada dlam 1++. Soalannya apa yang membezakan aku dengan orang lain yang membolehkan aku boleh naik satu step sahaja ke atas. Nak menunggu pak cik – pakcik bersara lambat lagi la. SO bermacam macam gaya dan ragam manusia dapat dilihat. Ada yang suka mengair cond kan boss, ada yang suka pot pet tapi keje tak de, ada yang guna cable fiber supaya laju sket naik. So bagaimana aku..? jawapan aku dalam hati ialah aku tak ambik tahu hehe.
Memang aku seorang tak bermasa depan haha. Prinsip aku jika kita berkerja dengan ikhlas tak pelu membodek bodek berlebihan pasti Allah memberi apa yang patut kita dapat. Aku pun bukan seorang yang rajin sangat dan tak berapa nak sangat pun jawatan pe pe pun, Sekarang pun dah OK. Kalu suruh masuk meeting pun dah merungut memanjang haha. Tapi future hanya tuhan yang tahu. Begitulah jawapan aku sangat panjang lebar dalam hati tapi bila depan bos ye kan aje haha.
Tapi mengikut kata kata pakar motibasi yang kita selalu dengar. Sepatutnya kita ada target at least short target. Macam macam tahun lepas ada la dua tiga target aka azam tahunan tapi tak berape berjaya disempurnakan tahun nie. So azam tahun ini dalah menyambung azam tahun lepas. Januari 2010 hampir berlalu masih ada 11 bulan lagi. Masa sentiasa bergerak tanpa kita sendiri tak menyedari bahawa kita sudah terlalu jauh. Jauh dari apa kita rancang, jauh dari tuhan kerana terlalu mengejar apa yang kita rasa patut dikejar.
Sekian sahaja karangan saya yang bertajuk azam tahun ini. Sungguh panjang sekali menaip kerana terlalu rajin tak de kerja.
Suara Rindu
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya
Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi
Ku teruskan hidup
Hari demi? hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri
Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan
Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku
Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila? bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya
new born
New born baby
Nama : Takeshi (terjemahan sesuka hati aku)
Anak sedara aku terbaru (macam penyanyi keluar album baru lak.) COngrat kepada pak cik keri (my brother) anak ke 3. Walaupun jauh di gmt +9, tetap dikirim hadiahnya tapi lambat sket esok baru nak cari kedai balut hadiah.
Sekian, pendek je cite
p/s : gambar dicuri dari 'buku muka' . takde copyright kan
satu
Belek belek gambo dalam komputer terasa rajin nak mengedit gambo. Actually dah lama tak tangkap gambo disebabkan bateri kamera dah kong. Tangkap gambo pun kelam je tak cukup bateri. Rasa rasa ikan nak jual and angkat dslr satu. Agak agak ada orang nak angkat kamera buruk aku ni ...?
Gambo dah basi semasa raya haji tahun lepas. Tak ada berapa gambar disebabkan semua orang sibuk melantak . Itu yang bes bila balik kampung ada banyak makanan
. Bagi orang yang tidak berapa cukup makan minum nya memang la best. Nak masak? cuma tau masak air aje itu pun malas giler.
p/s : minggu persekolahan sudah bermula terpaksa aku bersekolah balik
review
Selamat menyambut tahun 2010, walaupun agak lambat. Seperti biasa kita ditontonkan dengan penhangusan beribu diribu mungkin juta duit rakyat begitu sahaja. Anggap lah aku seorang yang anti kemodenan. Tidak tahu hala tuju berhibur berhimpun berhimpit tanpa tujuan. Baik duit itu digunakan untuk subsidi gula lagi baik. Tak apa lah kita musti mengikut trend seantaro membakar duit beramai ramai. Malas nak komen panjang panjang bukan ada guna pun.
Sperti rakyar marhaein yang biasa biasa mengikuti standard trend anak muda mudi, disini aku mengulang cetak ayat ayat tahun baru 2009 untuk tatapan diri aku sendiri supaya dapat memuhasabah diri dengan apa yang dicapai pada tahun lepas. Setiap sesuatu di dunia ini sentiasa saling berkait. Seperti kata ahli falasampah kehidupan ini umpama sehelai permaidani dan kita salah satu dari benang benang yang mencorakkanya. Saling berkait kait membentuk corak corak kehidupan.
(i) Aku nak kurangkan kerajinan bekeje...keje aku pun dah kira stabil.. salary is so..so tp bole buat career la..
utk 10 tahun lagi.. nak menikmati idup... nak bercuti keluar KL...belaja backpacking...kalu mampu anywhere and with anybody..
Berjaya dicapai cuma x de la pi backpacking.
(ii) aku nak pimp my bike ... moto aku dah lamo bebeno aku guna...dari zaman u..sampai la keje...so aku nak repair sket nampak cam baru..sekarang ni nyot nyet je..
Tidak berjaya kerana ekonomi di Malaysia (aku) tidak membenarkan. Tuan-tuan dan puan-puan sila rujuk point iv untuk sebab batu konkritnya
(iii) aku nak kamera dslr... harap2 ada kemampuan nak beli..dah lama mengidam..cam mengandung lak..
Tidak berjaya kerana ekonomi di Malaysia (aku) tidak membenarkan. Tuan-tuan dan puan-puan sila rujuk point iv untuk sebab batu konkritnya. (Ayat copy paste
)
(iv) nak buat something slain keje sekarang..buat part time ke..jadi gigola ke hehe..o nak ambik short course..aku ada banyak masa...tapi time siang2 la..so aku nak buat something..tgh piki2 and planning2..dah beberapa plan tgh pk..
Berjaya menjadi budak sekolah yang pemalas dan tidak cemerlang, juga tidak gemilang tetapi dapat dibilang. Berjaya mendapat result kais pagi makan sampai pagi esoknya,
v) aku nak turunkan berat badan..aku dah gemok sekarang nie..jumpa member u pun cakap camtu..jumpa member skola pun cakap camtu..sampai atuk cakap aku dah semakin membesar skrg...so aku nak turun berat badan..sampai 65kg..banyak tue...bole ke tak tau..asyik makan...makan pastu tido..
Gagal diulangi gagal kerana sebab (i). Akibat dari mencapai point (i) point no (v) tidak dapat di capai. Malahan bertambah naik
.
Kesimpulannya hanya 2 dari 5 sahaja berjaya dicapai. Kiranya dikira KPi aku untuk tahun lepas amat la hampeh. Namun demikian aku berpuas hati dengan apa yang aku capai tahun lepas (Ayat ayat membodek diri sendiri). Untuk azam tahun ini dalam pembikinan (disebabkan kemalasan menulis). Seperti biasa kita harus ada short term tagret and long target. Tetapi seperti biasa aku akan menfailednya haha.
Sekian majulah sukan untuk negara
epl minggu ini
Terasa tangan gatal nak mengulas@menulis perlawanan epl minggu nie. Disebabkan blog ini sentiasa bergaya bebas kerana penulis suka hati nak tulis apa dia suka hati nak tulis
. So ini ulasan untuk minggu ini. Aktiviti hujung minggu yang bese bese dibuat oleh rakyat marhain. Menonton bola di internet agak bagus kerana tak perlu risau hari hujan, tak perlu menkayakan mamak dan tiga gunakanlah streamyx (iklan), memang berbaloi baloi
. Sila langgani streamyx...
Chelsea ng seri lagi sekali minggu nie
, main ala ala macam nak kalah aje.Boring je tengok
, setelah menukar chanel internet kepada game lain yang menarik. Tottenham vs fulham - Begitu juga totenhem yang berjaya menyerikan diri bersama pasukan yang berjaya men’vegetable’kan MUng minggu lepas, fulham. Ingat fulham akan jugar men’vegetable’kan tottenham tetapi bernasib baik semua pemain fulham berkaki pengkong dan malu malu kucing dengan pintu goal tottenham.
Aston villa yang ala ala berkeyakinan dapat masuk big 4 telah kalah besau di tangan arsengal. Terima kasih kepada super sab-un buku fab kerana Berjaya neyumbat dua biji goal sebelum terpaksa dikeluarkan kerana kalau dia main lama lama mau dia score dalam 7,8 biji lagi
. Walaupun mula mula pemain arsengal malu malu kucing dengan keeper aston villa akhirnya Berjaya menang besau. Mutu permainan macam bese bole la tahan.
MUng akhirnya berjaya menag minggu nie, setelah di’drop face’kan oleh pasukan paling bawah akhir ia berjaya menebus kekeciwaan itu minggu ini. Terima kasih kepada super roonie kerana berjaya mencontribute semua goal dalam game tersebut. Terer suit sampai goal hull pun dia assist
. Bese la super rooney, striker pun dia, midfielder pun dia defender pun nyaris2 dia cuma goal keeper je dia tak main. So title race still open for MUng. Dengan kemenangan amat diperlukan kerana kalau kalah amat lah me@#$%kan. Hull perlu menang untuk melepasi relegation zone tetapi hull tidak berjaya membuat hal dengan MUng.
Game game lain tidak diambil peduli kerana malas. Sekian majulah sukan untuk Negara.
Ada kaitan ke..?
Sekian, itu sahaja laporan kami.
p/s - ala ala sokernet
Pembohong
Dipetik dari blog Ceritalucu
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".
Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...
---- sumbangan: Arman


