fa1zal.com

4Jan/080

Memilih Calun Isteri Anjuran Rasulullah s.a.w.

Dipetik dari http://an-nawawi.blogspot.com/ untuk renungan

Memilih Calun Isteri Anjuran Rasulullah s.a.w.

Oleh:
Nawawi Bin Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com/


Jika melihatkan kepada beberapa ayat Qur’an dan hadis-hadis yang sahih, di sana terdapat perintah atau saranan bahawa tempat wanita itu adalah di rumah. Di rumah wali-wali (ibu/bapa) mereka atau suami-suami mereka. Manakala dalam banyak hadis juga menjelaskan bahawa bolehnya wanita untuk keluar rumah itu adalah dengan ditemani mahramnya yang lelaki seperti abang, ayah, atau suami. Sekaligus menunjukkan bahawa tugas besar wanita itu adalah sebagai menguruskan hal-ehwal di rumah. Kepimpinan wanita difokuskan kepada pelbagai urusan dalam membantu suami menguruskan anak-anak, hak-hak suami, dan menjaga keharmonian dalam rumahtangga. Dari sini juga kita melihatkan betapa agama Islam ini benar-benar menjaga kebajikan dan kehormatan seorang muslimah.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (al-Ahzaab 33: 32)

“Wanita adalah penanggungjawab di dalam rumah suaminya dan kelak akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang ia pimpin.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun, keadaan yang sewajarnya menurut syari’at itu kelihatannya semakin lama semakin ditinggalkan oleh kebanyakan wanita zaman ini. Lantas, tidak hairanlah jika mereka dilanda dengan pelbagai fitnah dan cabaran. Walaubagaimanapun, dalam keadaan seperti yang terjadi pada hari ini, kesolehan para wanita tertentu masih dapat dilihat dalam banyak hal.

Berikut adalah merupakan sedikit perkongsian yang telah saya selidiki dan perolehi daripada beberapa buah buku yang mana dengan harapan boleh dijadikan rujukan sama ada buat si pemuda atau perempuan umumnya.

Kepada si lelaki, mungkin tulisan ini mampu menjadi rujukan dalam usaha membuat penilaian terhadap karektor seorang wanita yang baik yang harus dipilihnya.

Manakala, bagi seorang perempuan, mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri agar anda sentiasa tergolong dalam rangkaian dan barisan wanita yang solehah dan bakal dipilih oleh juga pemuda yang soleh. insyaALLAH...

Dalam persoalan ini,

Apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena karektor selainnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya.

Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)

Sahabat-sahabat yang saya sayangi, di sini ingin saya nyatakan bahawa faktor atau aspek kecantikan itu bukanlah tidak diperlukan. Tetapi yang ingin saya maksudkan adalah janganlah sehingga kita membataskan semata-mata keinginan kita kepada kecantikan, kerana ia bukanlah prinsip yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam persoalan pemilihan pasangan Isteri.

Dalam hal ini, Sheikh al-‘Azim Abad di dalam kitab ‘Annul Ma’buud Syarh Sunan Abi Daud, ada menyatakan bahawa yang sewajarnya dipilih adalah wanita yang baik agamanya dan memiliki adab yang baik agar kelak berupaya menjadi pertimbangan kepadanya dalam pelbagai urusan kehidupan, terutamanya dalam urusan rumahtangga. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. memerintahkan supaya mencari wanita beragama yang merupakan puncak kepada pencarian (keutamaan pilihan).

Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:


??????????????? ?????????? ?????????? ?????????? ????? ?????? ???????

“Maka Wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)

Sufyan ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38) dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat/ ??????????” membawa maksud wanita yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”

Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:

“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))

Bertepatan dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran kesan pegangan agamanya.

Dari kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata: “(Wanita yang septutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)

Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,

“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”

Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:

(iaitu) Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan. Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya. Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih)

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Begitulah sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri perihal keutamaan sikap penyayang pada seorang wanita. Dengan sifat inilah, anak-anak nantinya mampu dididik dengan baik dan penuh perhatian serta kasih sayang seorang ibu. Di sana, peranan ibu adalah suatu keutamaan yang besar sebagai pendidik awal setiap anak-anak yang dilahirkan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dari sinilah bermulanya jati diri anak-anak dibentuk untuk menjadi manusia yang baik di masa hadapan. Dengan gabungan faktor kesolehan seorang wanita yang di-adun dengan sikap amanah, berilmu dan kasih sayang seorang wanita, sudah pasti sesebuah rumahtangga mampu menjadi suatu medan atau institusi yang berkesan dalam melahirkan masyarakat yang islamic dan berdaya maju dari konteks tauhid, ubbudiyyah, mu’amalah, dan material.

Dari sifat yang penyayang juga, ia berupaya melahirkan sikap yang menyenangkan. Dan kriteria ini jugalah yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadisnya tadi, iaitu

“...yang menyenangkan apabila dipandang...”

Peribadi wanita yang bersifat menyenangkan ini apabila dipandang dan bergaul dengannya mampu menjadi penenang dan penunduk hati suami dan keluarga dalam pelbagai urusan rumahtangga. Sifatnya yang elok dipandang mampu mengawal hati suami dan kelak kepada anak-anak untuk sentiasa berperasaan suka dan mendamaikan suasana. Lantas melahirkan satu persekitaran yang harmoni di dalam sesebuah kekeluargaan.

Di samping sifat penyayang dan peribadi yang menyenangkan, faktor untuk mencari wanita yang mampu melahirkan anak yang baik atau faktor kesuburan juga adalah merupakan salah satu kriteria yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

“Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur...”

Dari sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta, dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)

Dari sini juga, kita dapat melihat betapa besarnya peranan wanita kepada ummah dan masyarakat sejagat dalam membina ketamadunan dunia. Wanita sebenarnya adalah merupakan akar umbi dan tonggak kepada pelbagai kejayaan generasi manusia.

Jika dilihat kepada sirah di zaman nabi dan para sahabat. Ibu-ibu yang tempatnya di rumah yang mana kefahaman agamanya baik-baik, merupakan faktor yang yang menjadi tonggak kejayaan masyarakat pada zaman itu. Dari didikan seorang wanita yang solehah, lahirnya ramai sekali panglima-panglima perang yang gagah perkasa dan bijaksana dalam mengatur pelbagai strategi ketenteraan. Malah, mampu membina generasi yang handal di medan tempur dan melahirkan para syuhada yang ikhlas dan tulus perjuangannya kepada agama Allah. Dengan didikan para ibulah, lahirnya ramai golongan ulama atau ilmuan tersohor yang sentiasa disebut-sebut namanya sehingga kini.

“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Dari sini juga kita dapat melihat bagaimana terjalinnya hubungan antara kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan, keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.

“Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Anjuran Rasulullah s.a.w. yang seterusnya adalah difokuskan kepada gadis-gadis yang perawan/dara iaitu yang masih belum pernah berkahwin;

Ini adalah berdasarkan hadis Jabir bin Abdillah, ia berkata: “Aku baru saja menikah.

Lalu Rasulullah bertanya: “Dengan siapa engkau menikah?”

“Dengan seorang janda.” Jawabku.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mengapa tidak dengan seorang gadis yang boleh engkau dapat bermain-main dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu.”

Atau dalam riwayat yang lain beliau mengatakan: “Yang ia boleh membuatmu tertawa gembira dan engkau boleh membuatnya tertawa gembira.” (Hadis Riwayat Bukhari (111/240) & Muslim (11/1078))

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, di dalam Syarah Sahih Muslim (10/294): “Hadits ini menjelaskan tentang kelebihan menikahi gadis perawan/dara, dan menunjukkan bahawasanya menurut keutamaan menikahi mereka adalah lebih baik.”

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Nikahlah dengan gadis perawan, kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya, dan lebih redha dengan yang sedikit.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, (no. 1861) di dalam kitab an-Nikah)

Dalam persoalan ini, dapat dibezakan di antara wanita yang janda dengan yang gadis kerana mungkin sahaja wanita yang janda ini sudah memiliki anak yang perlu dijagai dan memerlukan lebih perhatian kepada anaknya. Selain itu, mungkin juga dia sudah beberapa kali hamil dan akan memiliki kebarangkalian keletihan untuk hamil lagi dan memiliki hasrat untuk tidak mahu memiliki anak lagi. Mungkin juga ia mampu mengganggu hubungan seksual suami dan isteri kerana kebiasaannya wanita yang berstatus janda tidak cukup dengan hubungan/layanan yang sedikit. Berbeza dengan gadis yang masih belum pernah berkahwin, ia lebih mudah terangsang dan redha dengan layanan yang sedikit. (Rujuk: Indahnya Menikah ‘Ala Sunnah Nabi, Amru Abdul Mun’im Salim, Daar an-Naba’, m/s. 52)

Akhir sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini tadi,

“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya).” (an-Nisa’ 4: 34)

Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)

Dalam suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq). Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali Ibnu Majah)

Ini antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan), “wanita yang apabila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”

Manakala menurut Hasan al-Basri rahimahullah; “Tidaklah halal dinikahi wanita penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)

Adapun begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)

Dan daripada firman Allah s.w.t.:

"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)

Shilah bin Asyyam rahimahullah berkata: “Tidak mengapa menikah keduanya samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga adalah dengan wanita yang buruk pula. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)

Sebagai kesimpulan, membuat pilihan calun isteri bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun. Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang berhubungan dengan harmoni.

Antara ciri-ciri yang lain bagi calun isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

InsyaALLAH, artikel seterusnya akan bersambung dengan tajuk:

“Memilih Calun Suami Anjuran Rasulullah s.a.w.”

Filed under: SukaHati No Comments
4Jan/080

Amaran hujan lebat

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat "peringkat merah" bagi Johor timur, tengah dan selatan serta Pahang selatan yang dikhuatiri boleh menyebabkan banjir.

Hujan sederhana kadang kala lebat dijangka berlaku dari semasa ke semasa dan akan berterusan sehingga Selasa ini (8 Jan), menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Amaran peringkat merah merujuk kepada ribut tropika atau taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60km sejam disertai hujan sederhana menjadi lebat.

Kawasan yang terlibat dengan amaran itu di Johor ialah Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang dan Johor Baharu manakala di Pahang ialah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Bera.

Jabatan itu juga mengeluarkan ingatan bahawa hujan sederhana kadang kala lebat yang sedang berlaku di Sarawak, terutama pada waktu malam dan petang, akan berterusan sehingga Ahad.

Menurut kenyataan itu, kawasan terlibat ialah Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Sarikei, Kapit dan Betong. BERNAMA
Filed under: SukaHati No Comments
2Jan/080

Mengapa saya mahu masuk AF7??

Tahun baru telah menjelma, tak ade apa pun yang menarik cuma ada orang nyanyi2 aje. Selain tu kita bertambah tua. Azam baru tahun adalah memasuki AF. Sebab bila diorg tanya mengapa anda masuk af. bole la cakap...kerja saya gaji kecik dah la epf pun tak bayar. So baik saya masuk af. Sambil menyanyi lagu raya. So, bila dah popla tentu tak perlukan epf. Walaupun aku tak hensem dan sura average aje(ahahah puji diri sendiri), and training dalam bilik iar aje. Bol kot...mawi bole...hahaha. Tak payah la berhenti kerja sebab memang kerja tu berhenti-henti. Haahaha mengarut aje. Dah la nak cr keje susah sbb tu la kalu skrg keje aje walaupun mcm tahap menyampah je. Malas2 je keje skarg...hehehe.And Harap tahun nie memberi tuah, good luck dan rezki diberkati. Tak penting menjadi kaya kalu rezki tak berkat. Hidup aku sederhana tenang tanpa gangguan atau mengganggu orang lain. itu sudah lebih dari cukup. Happy new. I wish u all good luck in evrything u do. sayooonara

Filed under: SukaHati No Comments
24Dec/070

After raya aji

Hari ini aku keje balik selepas cuti rayer. Esok cuti lg n minggu dpan pun ada cuti. Hari ni tak bole bt keje smua server down je. Tak leh la nk bt keje. So, aku main game aje...dh la org pn x de. This year will be ended and my target for this year still pending. Nk buat camner , hehehe. Untuk thn dpan, aku ada list of must do. Harap2 bole buat semua nya. Hidup ini mesti ada tager, small target sbgai arah tuju idup and big target sbg motivasi hidup. Walaupun keje mengejar dateline, kita musti ada target utk diri kita sendiri.

Kat atas tu gambar banjir kat jengka. bencana alam tak boleh diduga . walaupun ada org kater bencana alam dpt diatasi dengar meluruskan sungai. melutus sungai??? normal ke tak org yg ckp tu. banjir meyebabkan ramai org ilang atra benda. ye la banjir kali nie ramai org tak expect. So, byk org ilang kete, perabot n mcm2 lagi.

So, bersyukur dengan apa yg dan hidup musti trus

Hari ni start keje balik lepas cuti

Filed under: SukaHati No Comments
15Dec/070

plik2 bin ajaib

Minggu nie terdpt dua perkara yg pelik n besau berlaku di pahang. First pahang banjir besa. Bandar temrloh banjir ...itu mungkin la sebab pernah berlaku tetapi mentakasb banjir. Aku msih pening pening lalat jer dari mana datang air tu. Nampak cuacas dunia dah x menentu nampaknya. Satu lg jengka banjir...kali pertama aku tgk bandar jengka banjir. Dahsyat gak la banjir ni. walaupun bandar jengka tak banjir tetapi kawasan di sekitasrnya banjir teruk. last2 org2 jengka terperangkap tak boleh klua kemana2 ke jerantut pun tak boleh ke temerloh pun tak boleh. smua jln sudah terputus banjir punya psl. Banjir ni dikatakan terburuk sejak 1971 . perghh nasib baik zmn skrg ok sket so..makanan still ada n x la terputus hubungan. yang kedua perkara pelik ialah bukit tinggi gempa bumi. dua kali pulak tu...walaupun gempa kecil ia menunjukkan bahawa keadaan geografi bumi smakin brubah. ada org ckp kedudukan benuas.pulau and kejadah tu berubah akibat tsunami??? may btul gak kot. menurut beritas..cehh...trdpt lapisn bumi yg tak aktif tp still berlku..gak gempa bumi.. ni aku x fhm. so apa yg kita boleh simpulkan dunia smakin menuju ke penghujungnya..hehee adakah kita cukup beramal... ntah..la, aku pun cam2 tak cukup je..tp cuba brubah..hahahah. keadaan iklim yg smakin kacau bilau, peperangan, fitnah yg berlaku berleluasa smpai kita tidak tahu mn yg benar atau salah. dan mcm2 lagi. so kitas kena sntiasa menghitung hari esok smbil mengharungi hari ini dengan amal yg baik..pergh tsamast
Filed under: SukaHati No Comments
11Dec/070





seminggu dua nie, berlaku beberapa perkara penting dlm hidupku. Pertama skali aku menjadik pak cik lg skali...dh tua aku rupanya. wan amir syahmi..aku bg nama tu..hehehe. Pastu atuk n nenek aku pegi haji...alhamdulillah..tahun dpan mak n bpk aku lak nk g...harap2 la. Ye la kita smakin lama smakin tua..jd patut la menambah kan ibadat..(ckp kpd diri sndiri lak) So, aku mula berplanning2 ...may be next year nk tukar keje lak...keje kt sini ok..tp ada dua tiga benda menyebbkan aku nk blah. Keje lama2 pun tak guna...bt habeeh ke bras aje...mrh2...so this year will be ended..bbrapa perkara lg x setel utk thn ni. So aku musti berkeje kras menyetalkan perkara2...yg ditargetkan utk taun nie...May be aku ptt berhenti keje n bukak bisneas sndiri lak tasun dpan. Keje aku ok..tp ntah la...may be sku cpt boring hahhhahah..So...nk pk azam br lak..sblum abis taun ni and menghabiskan perkara yg aku target utk taun ni....bersmgt2...this year will be ended we open new book for next year..perghh ckp org putih lak..
.
Filed under: SukaHati No Comments
3Dec/070

ntah

we are always didn't get what we wished but we must learn to be happy with we have.

Filed under: SukaHati No Comments
20Nov/070

Malam yang bisu

Sekarang dah pukul 2 pg dah, tp mlm nie susah nak tido. Sebab banyak tido dah kot sebelum nie. So banyak masa lak bole la tulis kat page nie. Sekarang nie musim orang kawin, banhyak je orang declare nak kawin and ajak kawin. Kalau bole dapur kat umah tak berasap walaupun kt umah ni tak de dapur. Sepanjang bulan 11 n 12 nie ada jemputan kawin...pergh tak semua bole pegi. Mana yang termampu n tersampai je la pegi. Maklu la mn ada transport nk pg kenduri org jauh. Kami nie pekerja miskin tak mampu nk hidup mewah hahaha. Bab makan makan nie mmg best la n kita akan jumpa banyak kawan lama. Yang dah 4 5 tahun tak jumpa. Cam pegi reuniom lak bukan pegi kenduri kawin org. Siap buat mcm majlis kt umah sendiri lak. Ok gak sekali cam nie, tapi kalu tiap tiap minggu nak g kenduri kawin hermm tipis la duit di poket yg sedia nifis nie. Apa lagi nak mengarut kat page nie lagi. Tak de la.....tamat cite bohong utk pagi yg bisu nie

Filed under: SukaHati No Comments
16Nov/070

Aku yang tua

Semalam kak nor , kakak aku bersalin dengan selamat. Dah tua aku, dah jadi pakcik dah.
Anak lelaki ...ermm semua anak dia lelaki. Sekarang ada dua orang anak sedara kat umah tu dah tunggang terbalik umah.Ni tak tau la.Pening la kepala mak aku hehehe. Nasib baik aku jarang-jarang ada kat umah tu. And terpaksa la aku cari hadiah untuk kakak aku pulak. Hehehe...apabenda la nak beli.Orang lelaki nie susah sket nak beli benda camnie. Nanti beli benda-benda pelik. Contoh nak beli mainan kereta untuk budak-budak ni.Last2 beli kete control yang orang tua aje main. Hahaha siap simpan dalam almari lagi takut bebudak ni main.Barang-barang mahal bebudak tak leh main hehehe. Ye la bebudak semuanya mekanik tanpa sijil, bagi satu hari je dah hilang emapt tayar. Mana boleh beb. Apa-apa pun aku dah jadik pakcik buat kali kelima dah hahaha. Aku dah tua..woooii

Filed under: SukaHati No Comments
30Oct/070

The killers – Hiw read my mind

On the corner of main street
Just tryin' to keep it in line
You say you wanna move on and
You say I'm falling behind

Can you read my mind?
Can you read my mind?

I never really gave up on
Breakin' out of this two-star town
I got the green light
I got a little fight
I'm gonna turn this thing around

Can you read my mind?
Can you read my mind?

The good old days, the honest man;
The restless heart, the Promised Land
A subtle kiss that no one sees;
A broken wrist and a big trapeze

Oh well I don't mind, you don't mind
Cause I don't shine if you don't shine
Before you go, can you read my mind?
[Read My Mind Lyrics on http://www.lyricsmania.com]

It’s funny how you just break down
Waitin' on some sign
I pull up to the front of your driveway
With magic soakin' my spine

Can you read my mind?
Can you read my mind?

The teenage queen, the loaded gun;
The drop dead dream, the Chosen One
A southern drawl, a world unseen;
A city wall and a trampoline

Oh well I don't mind, you don't mind
Cause I don't shine if you don't shine
Before you go
Tell me what you find when you read my mind

Slippin’ in my faith until I fall
You never returned that call
Woman, open the door, don't let it sting
I wanna breathe that fire again

She said
Oh well I don't mind, you don't mind
Cause I don't shine if you don't shine

Put your back on me
Put your back on me
Put your back on me

The stars are blazing like rebel diamonds cut out of the sun
When you read my mind

Filed under: SukaHati No Comments
Page 30 of 31« First...1020«2728293031»
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline
This website uses a Hackadelic PlugIn, Hackadelic Codification 0.4.