fa1zal.com

7Mar/080

Hari ini Hati jumaat

Hari ini hari jumaat...
hari terakhir urg berkempen...
smalam anwar dtg kawasan umah aku...
sampai jem nenas kawasan umah aku...
aku x berselera nak pi tgk...
dh la malam aku blk..
aku mcm x selera je nak balik kg...
nak mengundi bukan dapat per..
sape2 menang same je..
gaji bukan naik pun
keje banyak plak...
makin malang nasib aku...
:-()
Filed under: SukaHati No Comments
6Mar/080

Hari ini hari khamis

Hari ini hari khamis....
Dua tiga ari nie, aku cam busy2 plak...
aku hanya ada dua tangan dan satu otak
ituv pun cam weng2
hua..hua..ting gua
terpaksa jadi rajin...2
apsal la diorg surh bt benda plik2...
kalu bt2 normal2 kan ...sng
dah nak mengundi pn x senang
ten cent sungguh ...
de end
Filed under: SukaHati No Comments
3Mar/080

Kekejaman Israeal semakin mengganas..
dan dunia umpama mekakan telinga mereka...
mereka umpama dipasung tangan dan kaki mereka...
dibunuh umpama binatang peliharaan..
kita mungkin tidak mampu menyumbangkan tenaga...
namun kita boleh membantu dengan doa, dan bantuan kewangan and moral....
sama sama la kita memboikot israel...
Boikot2...
Filed under: SukaHati No Comments
27Feb/081

Hari ini hari rabu

Hari ini hari rabu, apsal semua org datang lambat skrg termasuk aku..hehehe. Nampak aman je ofis nie. Tak de org pun kat partision aku nie. So, minggu nie agak suram je...keje pun tak banyak and bole balik awal. Umah aku makin sunyi jer...dah sorang blah. makin kosong lak umah dah x de benda sgt dlm nyer....de end

Filed under: SukaHati 1 Comment
22Feb/080

Cerita Si TIkus

PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah p erangkap tikus.

Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah.....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"

Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.

Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Filed under: SukaHati No Comments
20Feb/080

3 pembekal ayam tak sembelih disaman

Dari berita harian

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.

Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.

Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.

“Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.

“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.

Filed under: SukaHati No Comments
20Feb/080

Hari ini hari rabu

Hari ini hari rabu.....sejak aku berhijrah ke kerusi baru ni..jarang2 aku bukak blog ni..sbbnyer kat sini ramai org sgt. Nak bukak kang TL aku kt sbelah jer ni and PM aku slalu mlepak kt area ni. So jarang2 la aku bukak menatang ni. Nak layan muvi mcm x berape selera je skrg...hehehe tp lyan jugak.

Memandangkan TL n our PM pi meeting, so dapat la aku melepak2 jap. Walaupun ada keje dpan aku, buat2 tak nampak je la jap. Huahua hua ting gua. Aku ni bukan jenis rajin sangat tp disebabkan tanggungjwab yg ada terpaksa la aku buat... hehehe berapi siut cakap

Da...end

Filed under: SukaHati No Comments
13Feb/080

Citer bodo ari nie

Rawatan Kecemasan

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...

"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.
"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."

Tak Romantik Langsung

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Kenapa tak ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

Konon nak berlagak

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.

diolog ayam vs lembu...

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernahpanggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Hazelnut bersalut coklat

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu

Filed under: SukaHati No Comments
12Feb/080

Cerita Bohong utk ari nie….

Tunggu anak

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven

PELAWAK

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. . lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan...
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..."
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan. ..
Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.. .
"Cuba jawab 1253*254-45557+ (5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .
Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata...
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".
"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan..

Filed under: SukaHati No Comments
11Feb/080

Wikipedia Hina Nabi Muhammad

From http://satuumat.blogspot.com/

Visit : http://www.thepetitionsite.com/2/removal-of-the-pics-
of-muhammad-from-wikipedia

Laman Wikipedia didapati memuatkan beberapa gambar yang diberi keterangan sebagai Nabi Muhammad Saw. Gambar-gambar itu mendorong Faraz Ahmad, seorang muslim Inggeris, membuat petisyen secara online yang isinya mendesak pengelola Wikipedia menghapuskan gambar-gambar tersebut.
Petisyen yang dapat dikunjungi di alamat ThePetitionSite.com ini, menurut Islamonline, dibuat sejak 4 Disember 2007 dan sehingga hari Selasa (5/2) sudah 90,245 orang dari seluruh dunia yang menandatangani petisyen tersebut. Terjadi kenaikan yang cukup signifikan dibandingkan satu hari sebelumnya, di mana penandatangan petisi jumlahnya baru 83,691 orang.
Seorang penandatangan petisyen bernama Nayyar Iqbal berasal dari Pakistan pada tanggal 5 Februari menulis, "Kami, umat Islam menghormati semua agama dan berharap yang sama dari semua agama lain."
Mereka yang ikut mengisi petisyen itu ada yang hanya menulisk nama dan negara asal, ada juga yang menuliskan komentar. Mereka semua sepakat Wikipedia mesti menghapuskan gambar-gambar yang diberi keterangan sebagai sosok Nabi Muhammad Saw.
"Tolong buang gambar-gambar palsu Nabi Muhammad Saw kerana Rasulullah sendiri dalam kehidupannya melarang gambar-gambar dirinya, " tulis Samad Ahmad dari Albania.
Gambar-gambar yang disebut sebagai Nabi Muhammad Saw yang dimuat Wikipedia didakwa sebagai gambar-gambar yang dibuat pada abad ke-12. Gambar-gambar itu bukan sekadar ilustrasi di Wikipedia, tapi sudah bersifat ofensif. Dalam salah satu gambar misalnya, Nabi Muhammad Saw digambarkan seperti seorang pendeta dan seorang kardinal.
Wikipedia Foundation yang berpusat di San Francisco mengakui sudah menerima banyak email sejak pertengahan Januari, yang meminta gambar-gambar Rasulullah dibuang dari laman tersebut. Pihak Wikipedia menyatakan untuk mempertimbangkan email-email itu tapi menolak untuk memadam gambar-gambar itu. Wikipedia menyerahkan pilihan kepada pengunjung lamannya sama ada melihat gambar-gambar itu ataupun tidak.
"Wikipedia adalah ensiklopedia yang tujuannnya menyajikan pelbagai topik dari sudut pandangan yang neutral. Wikipedia tidak akan melakukan suntingan untuk memenuhi kepentingan kelompok-kelompok tertentu, " kata Jay Walsh dari Wikipedia Foundation kepada akhbar New York Times.

Jawapan pihak Wikipedia tidak memuaskan para penandatangan petisyen. "Saya dengan tegas mengutuk tindakan Wiki dan saya mendesak agar gambar-gambar itu segera dihapus dari halaman Wiki, " tulis Hassan Mustafa dari Pakistan.
"Kebebasan berpendapat bukan bererti anda menyakiti perasaan jutaan orang. Hormatilah setiap orang, " tegas Hassan (ln/iol)

Filed under: SukaHati No Comments
Page 27 of 31« First...1020«2526272829»30...Last »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline
This website uses a Hackadelic PlugIn, Hackadelic Codification 0.4.