kad Plastik
Semestar baru kembali lagi dan cam biasa la dengan azam baru nak score A
. cam bese kelas first kejap je cuma briefeng and introduction aje. tapi semua subjek memerlukan laptop ishh2 canggih sungguh orang orang zaman sekarang dan sebagai orang kampung k.mai aku memang tidak berapa ada atau mampu memiliki sebuah laptop. Namun yang demikian nampaknya kenalah paksa rela mencari sebuah laptop untuk diri sendiri
Oleh yang demikian, aku telah berjaya menghadirkan diri di Low yat dengan tujuan menyurvey dan mencari laptop laptop yang bersesuaian dengan diri sendiri. Sebelum itu, aku duduk bermuhasabah ciri ciri laptop ingin dimiliki - ermm laptop agak high end, tahan dicampak dan valid sampai 30 tahun. Setelah berputar putar di Low yat itu akhir berjumpalah dengan 2 3 4 target yang menepati ciri ciri diatas.Selepas pulang dengan pamplet2 low yat yang mengiurkan aku duduk menyurvey kat tenet. Baca forum tengok review buka website tanya orang aku telah berjaya memikir dan memilih satu model.
Namun kekangan kewangan pulak al maklum la kami golongan rakyat bawahan. Mengikut kitab 1Malaysia, rakyat bawahan didahulukan dari segi hutang piutang beban kewangan diri dan negara. So gaya hidup kami didahulukan untuk berubah, Lalu bertanya dengan pakcik gue kat tenet 4 best solution, maka pakcik google telah berjaya menarik perhatian aku dengan penggunaan kad plastik ajaib. aku ada la sekeping cuma buat bayar minyak dan back up kalau kalau emergency. rupanya bagus jugak ada kad plastik ini, macam maccam boleh hutang dengan syarat kita pandai menuruskannya. CImb melalu kad kad plastiknya ada menawarkan satu skim pembyaran mudah tapi a litte bit interest will be charged for only one time. tapi at least there is solution for those not have enough bajet to paid cash. besela semua orang ada duit tapi kadang kadang tak berape cukup je bajet nak beli benda benda cam ni.
Ada 3 cara untuk mengaktifkan Smart i.Pay Plan iaitu :
berSMS :
SMS: <IPP><space><16-digit card no.><space><RM to convert><space>
<no. of instalments><space><merchant name> and send to 33310
Example: IPP 1234567890123456 500.00 10 AInsurance
berE-maiL
E-mail: ipp@cimb.com
berGayut
Call: 03-6204 7877
So, berbelanja la secara berhemah. Nasihat untuk diri sendiri.
