fa1zal.com

22Feb/102

kesimpulan dari cuti

Seperti ayam pulang ke reban. Begitulah nasib seorang kuli yang terpaksa pulang selepas bekerja. Walaupun tak ada apa sangat buat kat kampung (duduk bawah ketiak mak :p ) tapi cam kejap aje.  Makan tidur membuncitkan perut dah abis cuti, tak sempat perut nak boroi (walaupun perut dah cam kandungan dua bulan aje).

Duduk duduk sambil berfikir kadangkala kerja kerja kat kampung ni lagi mewah dari kerja kerja kat bandar. Walaupun tak glamer kerana tak bekerja dalam peti ais (aircond) tetapi rileks dan agak lumayan. Kos hidup kat kampung lebih kurang je kat bandar sekarang ni tapi in term benda benda lain still heaven. Ye la tak perlu pikir2 jem pergi kerja, balik umah pun jem. Duduk umah tinggi tak berhalaman kete pun parking jauh. Contoh pak cik umah sebelah aku ni, kerja bese2 ladang kelapa sawit tapi pendapatan mencecah 2 angka. Walaupun tak semua orang bernasib macam tu tapi dengan cara dan idea yang betul kita pun boleh gak. Harga barang mentah especially getah koko agak tinggi.  Kalu kena caranya menoreh sehari boleh dapat 100 kalu sebulan.. cam kerja kat opis2 beso kat kelumpo tu.

Tapi aku ni memang tak reti ape ape pasal pertanian ni. Tanam pokok durian mati kalu suruh toreh getah mati lak pokok tu hehe. Tapi kalu nak buat part time ok gak. Cuma rajin dah malas. Orang orang sekarang lebih suke kerja kat bandar sebab cam high class je padahal kerja di kampung pun ok gak. Setanding dan setaraf malah ramai yang okb senyap senyap je. Bila kata nak berhenti kerja nak jadi petani, konpem ramai orang cakap bidak ni tak berapa betul.  Bese la mentaliti kita dilatih sebegini, kerja makan gaji mengkayakan bos aje. Kita??

Apa yang pasti di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Semakin tinggi cita cita kita semakin besar risikonya. Take it or leave it, our own choice.

Majulah sukan untuk negara.

Filed under: SukaHati Leave a comment
Comments (2) Trackbacks (0)
  1. standard la tu rem utk org mkn gaji mcm kita ni..huhu

  2. tul..sampai bila nak mkn gaji….


Leave a comment


No trackbacks yet.

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline