karangan no 1
Tahun berlalu menampakan usia aku semakin tua, semakin mendekati mati. Bila tahun berubah banyak benda keliling kita berubah tetapi seperti biasa aku memang tetap sama. Yang berubah cuma perut sahaja makin ke depan.
Bos aku telah naik pangkat sejak dua kali menolak offer sebab position tak beberapa sesuai katanya. Tapi dia memang deserve with his capabilities and talent. Respek. Teknikal, PR dan soft skill memang superb. Jaga helpdesk bukan senang 24 hours orang call maklum la wayar asik terputus aje. Tapi muka cool je walaupun nampak akhir2 ini berserabut haha. Bos dah berubah dan harap harap bos baru pun OK.
Pada suatu hari yang lepas bos datang borak borak dengan kitaorang bebudak helpdesk dan tiba tiba bertanya tentang my target for next 5 years. Soalan cam pergi interview kerajaan je. Macam bese aku memang tak ada apa apa target dan malas nak setup target. Cam bese la kalau jawab macam tu memang nak kena khutbah jumaat. Dulu masa lepas SPM, aku tak tahu nak ambik degree ape. Dengan result yang cukup makan aku pilih elektrik.Nak jadi doktor takut darah. Disebabkan electrical bidang engineering tak perlu berpanas dan berhujan haha. Alasan orang memang pemalas. Mula mula aku nak ambik animation and design(terpengaruh baca banyak gile komik) tapi macam macam tak berapa sesuai aje. Kalau tak dah tentu aku jadi penolong Mah Wing Sing haha.
Beliau memberi analogi - dalam company aku ada 23,000 orang perkerja. My department only ada ditambah tolak bahagi ada la dalam dekat dekat 600-700 kot. GM ada 1, AGM ada 4, manager ada la dalam belas belas kot dan orang orang macam aku ada dlam 1++. Soalannya apa yang membezakan aku dengan orang lain yang membolehkan aku boleh naik satu step sahaja ke atas. Nak menunggu pak cik – pakcik bersara lambat lagi la. SO bermacam macam gaya dan ragam manusia dapat dilihat. Ada yang suka mengair cond kan boss, ada yang suka pot pet tapi keje tak de, ada yang guna cable fiber supaya laju sket naik. So bagaimana aku..? jawapan aku dalam hati ialah aku tak ambik tahu hehe.
Memang aku seorang tak bermasa depan haha. Prinsip aku jika kita berkerja dengan ikhlas tak pelu membodek bodek berlebihan pasti Allah memberi apa yang patut kita dapat. Aku pun bukan seorang yang rajin sangat dan tak berapa nak sangat pun jawatan pe pe pun, Sekarang pun dah OK. Kalu suruh masuk meeting pun dah merungut memanjang haha. Tapi future hanya tuhan yang tahu. Begitulah jawapan aku sangat panjang lebar dalam hati tapi bila depan bos ye kan aje haha.
Tapi mengikut kata kata pakar motibasi yang kita selalu dengar. Sepatutnya kita ada target at least short target. Macam macam tahun lepas ada la dua tiga target aka azam tahunan tapi tak berape berjaya disempurnakan tahun nie. So azam tahun ini dalah menyambung azam tahun lepas. Januari 2010 hampir berlalu masih ada 11 bulan lagi. Masa sentiasa bergerak tanpa kita sendiri tak menyedari bahawa kita sudah terlalu jauh. Jauh dari apa kita rancang, jauh dari tuhan kerana terlalu mengejar apa yang kita rasa patut dikejar.
Sekian sahaja karangan saya yang bertajuk azam tahun ini. Sungguh panjang sekali menaip kerana terlalu rajin tak de kerja.