review
Selamat menyambut tahun 2010, walaupun agak lambat. Seperti biasa kita ditontonkan dengan penhangusan beribu diribu mungkin juta duit rakyat begitu sahaja. Anggap lah aku seorang yang anti kemodenan. Tidak tahu hala tuju berhibur berhimpun berhimpit tanpa tujuan. Baik duit itu digunakan untuk subsidi gula lagi baik. Tak apa lah kita musti mengikut trend seantaro membakar duit beramai ramai. Malas nak komen panjang panjang bukan ada guna pun.
Sperti rakyar marhaein yang biasa biasa mengikuti standard trend anak muda mudi, disini aku mengulang cetak ayat ayat tahun baru 2009 untuk tatapan diri aku sendiri supaya dapat memuhasabah diri dengan apa yang dicapai pada tahun lepas. Setiap sesuatu di dunia ini sentiasa saling berkait. Seperti kata ahli falasampah kehidupan ini umpama sehelai permaidani dan kita salah satu dari benang benang yang mencorakkanya. Saling berkait kait membentuk corak corak kehidupan.
(i) Aku nak kurangkan kerajinan bekeje...keje aku pun dah kira stabil.. salary is so..so tp bole buat career la..
utk 10 tahun lagi.. nak menikmati idup... nak bercuti keluar KL...belaja backpacking...kalu mampu anywhere and with anybody..
Berjaya dicapai cuma x de la pi backpacking.
(ii) aku nak pimp my bike ... moto aku dah lamo bebeno aku guna...dari zaman u..sampai la keje...so aku nak repair sket nampak cam baru..sekarang ni nyot nyet je..
Tidak berjaya kerana ekonomi di Malaysia (aku) tidak membenarkan. Tuan-tuan dan puan-puan sila rujuk point iv untuk sebab batu konkritnya
(iii) aku nak kamera dslr... harap2 ada kemampuan nak beli..dah lama mengidam..cam mengandung lak..
Tidak berjaya kerana ekonomi di Malaysia (aku) tidak membenarkan. Tuan-tuan dan puan-puan sila rujuk point iv untuk sebab batu konkritnya. (Ayat copy paste
)
(iv) nak buat something slain keje sekarang..buat part time ke..jadi gigola ke hehe..o nak ambik short course..aku ada banyak masa...tapi time siang2 la..so aku nak buat something..tgh piki2 and planning2..dah beberapa plan tgh pk..
Berjaya menjadi budak sekolah yang pemalas dan tidak cemerlang, juga tidak gemilang tetapi dapat dibilang. Berjaya mendapat result kais pagi makan sampai pagi esoknya,
v) aku nak turunkan berat badan..aku dah gemok sekarang nie..jumpa member u pun cakap camtu..jumpa member skola pun cakap camtu..sampai atuk cakap aku dah semakin membesar skrg...so aku nak turun berat badan..sampai 65kg..banyak tue...bole ke tak tau..asyik makan...makan pastu tido..
Gagal diulangi gagal kerana sebab (i). Akibat dari mencapai point (i) point no (v) tidak dapat di capai. Malahan bertambah naik
.
Kesimpulannya hanya 2 dari 5 sahaja berjaya dicapai. Kiranya dikira KPi aku untuk tahun lepas amat la hampeh. Namun demikian aku berpuas hati dengan apa yang aku capai tahun lepas (Ayat ayat membodek diri sendiri). Untuk azam tahun ini dalam pembikinan (disebabkan kemalasan menulis). Seperti biasa kita harus ada short term tagret and long target. Tetapi seperti biasa aku akan menfailednya haha.
Sekian majulah sukan untuk negara