fa1zal.com

19Dec/090

komik

Teringat masa kecik kecik dulu, aku dan abang aku memang gile komik. Zaman tu komik komik hong kong memang popular giler. Mereka mereka yang hidup pada zaman tu tentu kenal kalau sebut pedang setiawan, jejak wira dan macam macam lagi tajuk aku tak berapa ingat dah. Aku lebih suka pedang setiawan disebakan lukisan dia. Lukisan dia memang class abis macam alex ross omputih tu. Lukisan dia memang klasik abis, warna cerita memang best la bagi aku. Tapi pedang setiawan memang glamer giler sampai ada muvi, anime, cite besiri. Penulis cerita ni memang diakui mempunyai otak kreatif giler sebab cite dia memang panjang giler sampai sekarang pun tak habis lagi aku rasa. Tetapi cite dia (pada masa tu) memang menusuk jiwa haha. Ayat tak bole blah punye

Zaman zaman sekolah menabung duit untuk beli komik. Mak memang membebel tapi kadang kadang ada gak bagi duit hehe. Zaman tu duit belanja kami tak banyak mana pun tapi boleh gak saving saving. Difikir fikir baru apabila dah bekerja nie, baru tahu senang susah cari 10 sen rezeki yang halal. Tapi ok la dari hobi merempit tak tentu hala. Abang aku masa tu dah sekolah asrama kadang kadang ada bawa balik umah. Kira kira macam exchange la.

Zaman zaman duduk sekolah berasrama lagi la terjebak dalam bidang pembacaan komik. Memang hampir semua bebudak sekolah membaca komik. Bermacam macam komik, majalah makalah boleh dijumpai di asrama. Tapi benda benda ni dikira haram di asrama. Aku pun heran gak dengan sekolah kenapa la binatang ini diharamkan. Bukan kah membaca itu amalan mulia hehe. Ye la kita kena galakan orang membaca tak kira la apa bahan pun asal tak lucah kejam atau ajaran sesat. Yang best je ka Pekan siap ada kedai baca komik lagi. Bayar 20 sen tak silap untuk satu komik, kalau yang tebal tebal mahal sket. Kira siap ada kerusi lagi untuk bebudak nie. Memang situ kira salah satu tempat melepak kat Pekan. Pada masa itu Pekan mana la besar mana pun Cuma ada kfc ngan pasaraya apa ntah tak ingat. Last last kedai tu dijadikan kawasan larangan oleh sekolah. Bila bila diingat terasa lawak. Pergi senyap2 macam nak pergi beli nombor ekor.

Difikir fikir semua komik yang ada kat umah tu berkotak kotak. Kalau tolak kertas buruk bole dapat ratusratus juga. Zaman tu keluarga selau berpindah randah, setiap kali nak pindah mak membebel pasal komik siap ugut nak bakar tapi last last ada gak. Tapi tuan empunya kena la memindah. Tapi last2 tak komik komik tu kena bakar juga haha. Sebab bila nak pindah tak de orang nak angkat. Agak2 mak geram dia pi bakar sebahagian.

Aku rasa sampai sekarang tetap layan komik tapi membeli tak de la sangat. Dah tua segan nak beli haha. Semua sudah menjadi sebahagian hidup kita. Ada orang suka kereta, suka melancong tetapi bergantung kepada diri kita. Asal tidak mengacau orang lain sudaaah….

Cirite ini tulis selepas teruja melihat trailer ni. This week bole cari kat wayang.

Filed under: SukaHati Leave a comment
Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment


No trackbacks yet.

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline