fa1zal.com

5Sep/100

menjelang raya

sekejap masa berlalu sudah hampir ke penghujung nya ramadhan. di hari hari terakhir ini ada yang ghairah beraya sampai terlupa masih berada di dalam ramadhan. Jangan tuang teraweh sebab nak berebut kat Sogo. Semoga kita dapat berbelanja secara berhemah. Jangan berhabis harta biar nampak bergaya walau papa kedana. Nanti ada pulak yang makan angin keluar asap lepas raya. Berhari hati di jalan raya. Biar lambat asalkan selamat dan ingatlah dompet tersayang sebelum menerima surat chenta dari abang polis. Sekian berita di hari hari bekerja terakhir sebelum bercuti raya.

Filed under: SukaHati No Comments
3Sep/100

Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan

Di petik dari Saifulislam.Com

Semoga Allah memberi hidayah kepada diriku...

Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan

“Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?” Anthony bertanya kepada saya.

“Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ” saya menyambut permintaannya.

Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik.

Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi Anthony bermazhab Katholik. Amat sukar untuk bertemu dengan seorang Katholik yang memeluk Islam di Belfast.

Pagi itu, Anthony muncul buat kali pertama. Beliau memperkenalkan diri kepada saya dan memberitahu bahawa beliau bekerja sebagai seorang kaki tangan kerajaan yang bertugas di Stormont, iaitu parlimen Ireland Utara. Seperti Westminster di England.

“Baiklah Anthony, saya bacakan awak beberapa petikan dari surah Maryam ya” saya memberitahu beliau.

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Peduli Lagi Maha Mengasihi Hamba-Nya

“… Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur (16)

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.(17)

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.(18)

Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”. (19).

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?” (20)

Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. (21)

Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.(22)

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata: Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (23)

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.(24)

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. (25)

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.(26)

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya. Mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! (27)

“Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!” (28)

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?” (29)

Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi. (30)

Dan ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.(31)

“Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan ia tidak menjadikan daku seorang Yang sombong takbur atau derhaka. (32)

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula”. (33)

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya (34)

KASIH MARYAM

Habis ayat-ayat itu saya bacakan, Anthony menangis. Matanya merenung saya dan berkata, “Imam, kalaulah yang bercakap tentang Mary ini seorang manusia, nescaya saya akan sembah manusia itu. Inilah ungkapan paling indah tentang Mary yang pernah saya dengar.”

Saya sendiri jadi hiba dengan kenyataan Anthony. Saya tahu, Maryam merupakan seorang insan yang amat istimewa di hati orang Kristian. Dalam masyarakat yang mengalami keretakan institusi keluarga, ramai yang berdamping dengan kisah-kisah Maryam, demi mencari kasih sayang dan sumber kekuatan diri. Tetapi keindahan sebutan tentang Maryam, lebih terserlah di dalam al-Quran buat Anthony, berbanding Bible yang sudah dibacanya semenjak kecil.

Pertemuan saya dengan Anthony tidak berakhir di situ. Beliau sering datang melawat masjid dan masa pilihannya ialah sebelum Zohor. Waktu itu saya agak lapang dan Anthony mempunyai banyak ruang untuk berbual dengan saya.

CUBA SOLAT


Zohor itu, Anthony duduk bersandar di dinding belakang dewan Solat.

Dia seperti tenggelam mendengar keasyikan Mohd Nor melaungkan azan. Mohd Nor adalah sahabat saya, seorang akauntan dari Malaysia yang datang menemani isterinya menyiapkan PhD di Belfast. Suara merdu Mohd Nor, atau lebih mesra dengan panggilan Abu Muaz, memukau Anthony sehingga matanya seperti tidak berkelip menghayati bait-bait azan yang membesarkan Allah di masjid kami.

“Imam, saya ada satu permintaan. Bolehkah kalau saya sertai sembahyang kamu semua? Saya berdiri di belakang pun tak apa” Anthony nampak bersungguh-sungguh dengan permintaannya.

“Boleh. Malah kamu bukan orang pertama berbuat begitu. Kamu masih ingat dengan Jonathan yang saya ceritakan tempoh hari? Sebelum dia memeluk Islam pun, dia pernah meminta perkara yang sama.” saya memberitahu.

“Oh, Jonathan tu. Dia di Coleraine, kan?” Anthony bertanya.

“Ya. Sesekali dia datang ke Belfast bertanyakan hal-hal agama dengan saya. Apa-apa pun, kamu berdirilah di saf belakang ya. Dan pastikan pakaian kamu bersih” saya menepuk bahu Anthony sambil melangkah ke mihrab untuk mengimamkan Solat Zohor tengah hari itu.

“Allahu Akbar!” saya mengangkat takbir dan segala puji buat-Mu ya Allah.

Selepas Zohor, saya masuk semula ke bilik pejabat. Anthony mengekori saya dan menyambung perbualan.

“Saya nak tahu, Imam. Di tempat kerja saya tiada tempat Solat. Bagaimanakah saya hendak bersolat? Saya tidak mahu selepas memeluk Islam, saya ada meninggalkan Solat.” beliau bertanya.

“Oh, begitu. Allah menjadikan semua tempat yang bersih, boleh digunakan untuk kita berSolat. Kamu ada bilik sendiri?” saya cuba mendapatkan kepastian.

“Tak ada. Saya hanya mempunyai cubicle sendiri.” jawabnya.

“Kalau begitu, kamu bentangkan sahaja sehelai kain untuk kebersihan. Kalau mahu, saya boleh berikan sejadah ini. Saya pinjamkan kompas untuk kamu cari arah kiblat di pejabat kamu, ya.” ujar saya.

MENABUR BERKAT ?

“Oh, semudah itukah? Apakah tidak perlu kepada kamu datang ke tempat saya untuk menabur berkat?” Anthony bertanya.

Galak matanya mencari penjelasan.

“Hah hah, kamu biar betul Anthony. Di dalam Islam tiada istilah menabur berkat seperti itu. Imam hanya bertugas memimpin dan menyelaraskan Solat. Sebab Solat bukan hanya ibadah, ia juga latihan dari Allah agar umat Islam tersusun dalam kehidupannya.” saya ketawa mendengar soalan Anthony.

“Jadi maknanya dalam Solat tadi, kamu berdiri di hadapan bukan sebagai perantara kami dengan Tuhan?” beliau menyoal.

“Tidak. Semua orang bercakap secara langsung dengan Allah, berhubung secara direct dengan-Nya. Islam tidak memerlukan priest untuk menghubungkan manusia dengan Penciptanya.” saya cuba menghilangkan kekeliruan Anthony.

“Maknanya, Imam adalah Muslim Protestant lah ya?” Anthony bertanya lagi.

“Hahaha…”, saya ketawa dan saya tahu Anthony juga bergurau sebenarnya.

Sudah beberapa kali saya digelar Muslim Protestant oleh tetamu yang datang ke Masjid.

“Ya, Islam lebih dekat di hati saya. Saya dan Imam, kita sama-sama makhluk ciptaan-Nya. Kita sama-sama diuji oleh Tuhan. Siapa yang patuh akan selamat. Siapa yang engkar akan dihukum.” Anthony seperti berbicara kepada dirinya sendiri.

Dia merenung lantai dan sepi seketika.

“Anthony, apakah kamu sudah bersedia untuk kembali kepada fitrah?” saya bertanya perlahan-lahan.

Anthony mengangkat kepalanya dan tersenyum kepada saya, “Ramadhan ini saya akan lafazkan Syahadah. Saya mahu memulakan Islam saya pada bulan Islam bermula.”

“Insya Allah. Cuma kamu tahu yang kamu boleh melafazkan Syahadah pada bila-bila masa sahaja, kan?” saya mahu mendapatkan kepastian.

“Ya, saya faham Imam. Doalah kepada Allah untuk saya. Saya sedang mengumpul kekuatan diri” Anthony bersalam dengan saya di pintu masjid.

Kami sedang sibuk mengecat masjid dan membersihkan halaman kerana Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Jika Anthony memeluk Islam, beliau adalah saudara baru ke-18 yang berSyahadah di hadapan saya. Namun tidak ramai Irish yang bermazhab Katholik memeluk Islam. Setakat ini hanya dua dan mungkin Anthony menjadi yang ketiga. Selebihnya adalah Protestant. Tetapi setiap seorang Katholik yang memeluk Islam, ternyata mereka menjadi sangat dinamik. Seorang yang terbaik di masa jahiliah akan juga menjadi yang terbaik semasa Islam, jika sikap positif dan “kuat mengaji” itu dikekalkan.

RAMADHAN ITU


Ramadhan 1424 menjelma.

Masjid kembali meriah.

Setiap malam, iftar disediakan dan anak-anak muda semakin gemar berkumpul malah tidur di masjid sahaja. Saya membiarkan sahaja, asalkan mereka menjaga kebersihan dan mengemas masjid sebelum jemaah subuh tiba.

Jumaat pertama Ramadhan itu, Anthony datang ke masjid selepas Asar.

Salam to you Imam. May Allah bless you. How is everybody in the mosque?” Anthony menghulurkan tangan bersalaman dengan saya.

Salam to all those who seek His guidance“ saya menjawab sambil tersenyum.

“Imam, hari ini saya berpuasa. Pastikan makanan berbuka puasa nanti cukup. Saya kelaparan yang amat sangat” Anthony ketawa kecil.

“Rumah dibina di atas tapak yang telah dipasak. Puasa kamu adalah sebahagian dari rumah itu. Bagaimana dengan tapaknya?” saya cuba beranalogi.

“Malam ini Insya Allah. Harap Imam dapat membantu”, Anthony merenung tepat ke mata saya. Padanya ada keyakinan yang tinggi dan saya tahu ini adalah hari yang dinantikan.

“Pastinya Anthony. Jika tengah malam sekali pun kamu gerakkan saya untuk ini, saya akan bangun dan membantu” saya menjawab.

Selepas solat Maghrib, jemaah sibuk mengambil tempat masing-masing sebelum nasi minyak dan ayam tandoori diedarkan. Ketika semua orang sibuk makan, saya bangun dan membuat pengumuman.

“Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh. Brothers and sisters, malam ini kita berasa sangat bertuah kerana kita akan menerima seorang lagi saudara baru. Brother Anthony mahu melafazkan syahadahnya sebentar lagi. Kepada sesiapa yang berkelapangan, anda dijemput untuk bersama”

Jemaah di masjid bertakbir. Ramai yang terpinga-pinga bangun mencari siapakah Brother Anthony yang saya maksudkan. Makanan segera diselesaikan.

“Brother Anthony, malam ini kamu telah membuat kesaksian dengan penuh kerelaan hati kami bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Tiada sesiapa yang memaksa kamu?” saya bertanya.

Anthony mengeleng-ngelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Kamu juga telah memahami asas-asas Islam dan tahu di mana titik perbezaan antara Islam dengan Catholicism yang kamu anuti?” saya menyoal lagi.

“Terima kasih kepada Imam kerana telah membantu saya memahami Islam. Islamlah agama yang benar dan saya mahu hidup serta mati bersama Islam” Anthony menjawab dengan penuh yakin.

“Baiklah, ada sebarang persoalan terakhir sebelum kamu melafazkan Syahadah?” saya memberikan ruang kepada Anthony untuk menyelesaikan sebarang hal yang masih belum jelas baginya.

“Ya, selepas saya memeluk Islam, saya harap sekalian yang hadir dapat membantu dan membimbing saya mengenal Islam” Anthony mengangkat kepalanya kepada hadirin yang mengelilingi kami.

Seluruh jemaah tersenyum dan menganggukkan kepala. Saya menggenggam tangan Anthony sebagai tanda ‘bersama’nya saya di dalam permintaan itu.

“Awak ikut sebutan Syahadah saya satu persatu. Kita akan lafazkan ia di dalam Bahasa Arab dan kemudiannya Bahasa Inggeris.” saya memberitahu.

Anthony mengangguk.

LAHIRNYA SEMULA SEORANG HAMBA

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlah … Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah

I bear witness that there is no God but Allah … And I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

“Alhamdulillah. Segala puji buat-Mu ya Allah. Oh Tuhan, kau bimbinglah Anthony ke jalan keredhaan-Mu, kau lapangkan jiwanya dengan Islam. Kau kuatkan keazaman dan semangatnya. Kau hidupkanlah dan matikanlah kami semua di dalam Islam” saya berdoa.

Anthony bangun dengan air mata bercucuran membasahi pipinya. Malam itu dia lahir semula. Tangisannya seperti anak kecil yang mencari pelukan kasih.

Kami berpelukan. Ahli jemaah masjid berjabat tangan dan mengucapkan tahniah kepada Anthony.

“Selamat kembali ke fitrah asalmu Anthony. Kami adalah saudaramu, sehidup semati” As’ad, iaitu salah seorang jemaah di masjid kami memeluk Anthony dan bersalaman dengannya.

Saya membawa Anthony ke bilik dan memberikan sedikit taklimat berkenaan beberapa perkara yang perlu Anthony lakukan. Dia yang sudah sedia datang ke masjid dengan persalinan, menuju ke bilik air untuk mandi, seumpama membasuh jahiliah yang telah ditinggalkan buat selamanya dan datang kepada Allah sebagai hamba yang suci dan bersih.

Malam itu Anthony berbaris bersama jemaah yang lain untuk solat Isyak dan Tarawih. Kali ini bukan hanya untuk merasa pengalaman, tetapi sebagai sujud pertama seorang insan yang pulang ke pangkuan Tuhan, diiringi keindahan bintang dan bulan kecil hiasan malam Ramadhan, di celah awan yang menurunkan gerimis iman, buat seorang teman bernama Anthony.

Kini, Anthony sudah berhijrah ke London. Beliau mendaftarkan diri membuat Diploma Pengajian Islam di sebuah kolej di London dan sms terakhirnya kepada saya, Muhammad Amin sudah beristerikan seorang Muslimah dari Tunisia.

Salam rindu saya buat Muhammad Amin Mooney, semoga engkau terus beristiqamah dengan Islam, yang telah mempersaudarakan kita.

Filed under: SukaHati No Comments
26Aug/100

struggle

struggle
to live a life
and keep alive

Filed under: SukaHati No Comments
24Aug/100

selamat hari merdheka!!!

kedutaan malaysia dilontar najis dan bendera malaysia dipijak, itu antara berita utama hari ini dan ia telah disiar sejak semalam. ketika hari kemerdekaan makin hampir, pelbagai kejadian yang menyentuh perlembagaan kedaulatan negara disentuh. bukan membuat provokasi sekadar membuat semua berfikir. tiada apa apa komen atau bantahan dari mana mana persatuan politik pembangkang atau kerajaan atau ngo. kadangkala benda benda kecik dalam negara ini pun dijadikan isu semacam beruk mendapat pisang. melompat melompat menari berpesta seperti ia boleh menterbalikan dunia. dari penelitian gue setelah duduk bekerja nie kat internal department nie, perbezaan utama antara sikap orang barat dan timur ialah kecoolan kita. orang asia termasuk aku sekali kadang kadang terlalu melompat lompat apabila dicuit sedikit dan atau bahasa pahangnya terlalu melatah. manakala cara kerja orang barat agak cool bukan malas tetapi bekerja mengikut kemampuan memahami apa yang dibuat dan tahu batasan sesuatu perkara. ia juga nampak dipraktikan dalam berpolitik mereka tidak terikat dengan satu fahaman sahaja. kalau dilabel pembangkang kadangkala tolerate dengan sesuatu isu. jika penyokong kerajaan juga begitu tidak menyokong sesuatu isu secara mebodoh tuli. jika membangkang itu dianggap demokrasi. walaupun demokrasi bukan dalam semua benda namun masih boleh dianngap masyarakat matang. bayangkan di malaysia seorang wakil rakyat bn menyokong idea seorang wakil rakyat pas. dah konpem wakil rakyat itu disembelih hidup hidup walaupun ideanya itu mewakili apa rakyat di kawasannya mahukan. dan ia juga via verse, si pembangkang membangkang semua yang dilontar oleh kerajaan. tak kira apa pun walaupun kadangkala ia betuL. fungsi pembangkan sebagai check and balance macam tak berapa wujud. semuanya asyik ghairah nak menegak benang yang tak berapa kering.

berbalik isu kedutaan di negara jiran ini, mungkin kadangkala kita ini terlalu berlembut dengan jiran jiran disekitar kita. contohnya ada segilintir rakyat di negara jiran kita memberi gelaran yang menghinakan kepada kita. tak susah sangat mencarinya, jika menggooglenya ia akan keluar di front page lagi. namun tak ada langkah untuk menyekatnya. itu belum lagi dengan permintaan tak masuk akal dalam beberapa isu. tak perlu komen nanti masuk isa. tak perlu dinafikan malaysia sebuah negara yang menjadi tumpuan oleh pelbagai pihak. negara yang stabil dan dilindungi allah oleh pelbagai bencana setakat ini. rakyat yang menerima orang lain dengan tangan terbuka. namun kadangkala ia digunakan oleh pelbagai pihak untuk kepentingan diri sendiri. kita dilambakan dengan pendatang asing tanpa izin. contoh mudah kalau kita turun di area area pudu raya kota raya kita umpama telah masuk ke negara yang lain. dari pelawatnya penjualnya, terasa seperti kita pelancong asing di tanah air sendiri. itu belum lagi di kawasan sabah dan sarawak. ia terlalu ramai dan tak terkawal. jika kita bertindak terdapat segilintir pihak berkata Malaysia itu kejam. tetapi terlalu ramai mereka hingga menjejaskan kehidupan kita sendiri. mereka merata rata umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. ada yang datang secara legal mungkin mencari sesuap rezki yang halal tetapi secara haram??? mereka melakukan apa sahaja untuk hidup. ada yang mencari rezki secara halal mungkin dimaafkan dan bagaimana dengan yang menjadi pembohong, penipu, perompak, peminta sedekah, peragut dan seribu pekerjaan di balik lorong lorong gelap. di halau sekali akan datang lagi. ditangkap diberi makan minum yang baik dan ia merugikan cukai yang dibayar. itu belum termasuk menambah tugas badan badan keselematan atau hospital hospital kerajaan. jika ditulis isu ini 4 hari 4 malam pun tak boleh habis. tetapi kita especially kaum bumiputera semakin dinak tirikan dibumi sendiri.

anak peribumi sendiri apa kurangnya. kebanyakan suka mencari jalan senang untuk hidup. contoh yang mudahnya skim cepat kaya dipelopori oleh kebanyakan bangsa kita sendiri. semua teruja dengan kereta besar dan duit pulangan yang dikatakan banyak. sanggup bergolok bergadai dan akhirnya ditipu. si penipu ini akan lari menghilang diri kemudian akan muncul dengan skim baru dan terus menipu. manakala kebanyakan kita asyik tergila gila rancangan realiti. semua orang ingin jadi penyanyi la, pelakon la dan semua benda yang melalaikan kita. bukan salah menjadi penyanyi cuma bila terlalu dilambakan dengan terlalu banyak benda begini maaf dikatakan lebih banyak sampah dari permata. remaja remaja kita hilang fokus lebih banyak bercinta cintun, terlalu mengikut arus dunia bebas kononya, bebas berfikir bebas bergama sehingga ada tak beragama menghina agama sendiri atau orang lain. atau beragama sesat kononya sangat barat. bebas bergauL macam macam orang key eL hinggan smapai terberanak. sudahnya ditinggal ditepi jalan ditanam hidup hidup dan bermacam macam lagi. ada yang bebas berkata kata kononya ia freedom and democration sehingga menyebabkan pergaduhan penyesatan tersesat dan menyesatkan orang lain. pendek kata kita terlalu ingin menjadi orang lain hingga melupakan adat resam agama. berapa kerat dari kita mengaku orang kampung kadangkala berkata telor omputih padahal berborak dengan orang orang kita. berambut biru hijau coklat bermata grey, coklat biru hijau berpakaian seksi sampai tak payah skodeng skodeng tengok aje. bangga menjadi gay atau lesbian. kalau nak tulis terlalu banyak. namun jika hendak ditulis berapa kerat antara kita kita berjaya menjadi seorang billionaire, berjaya mencipta benda baru, mendapat hadiah nobel. ada namun boleh dikira sahaja. jika berpolitik, politiknya caca marba bertikam sana sini, pijak kepala orang sana sini, suap orang sana sini, mengampu orang sana sini. yang menjadi pemimpin asyik bertukar topeng mengikut situasi, bertindak kadangkala menindas bangsa sendiri, membuat tindakan umpama lalang berubah rubah, bersembang lebat macam boleh pergi ke bulan tetapi tindakan ? susulan ? response ?

jika dikata hubungan kaum juga tidak begitu banyak berubah. bahasa malaysia adalah bahasa kebangsaan kita namun tidak ramai selain bangsa peribumi dapat bertutur dengan fasih. ada yang langsung tidak mampu bertutur. mengapa? jawapannya mudah kita masih berada dalam kelompok kita sahaja. Malah ada yang pandai bertutur bahasa inggeris bunyinya pun dah tak berapa gaya orang malaysia. disuruh berkata bm macam orang puteh makan pizza pelatnya dan cakap pun tunggang langgang. sedangkan PATI pun berkata lebih baik dari mereka.

jika dilihat semua orang berjuang atas nama bangsa tak kira apa bangsa. mereka menolak malah ada memijak orang lain. semuanya berkata ia tidak cukup untuk bangsa mereka. semua berkata mereka dia anak tiri. tidak ada yang cuba membuka ruang malah ego dengan bangsa mereka sendiri. walaupun kelihatan berubah sedikit terutama di bandar bandar besar tetapi ia masih tidak cukup. ada membeza beza pekerjaan gaji berdasarkan bangsa kononnya mereka berusaha lebih dari itu. ada yang memberi kenaikan berdasarkan bangsa lepas tu negeri pulak. tak berbangga dengan kenegaraan kita sendiri malah membeza bezakan sesuatu kelompok berdasarkan kriteria kriteria tertentu. padahal pabila kita keluar sempadan malaysia kita tetap dibezakan oleh warganegara kita walaupun bersamaan bangsa.

kesimpulan terlalu banyak yang perlu kita ubah untuk menjadi sebuah bangsa malaysia yang diliputi pelbagai kaum. ia bukan tugas kerajaan sahaja malah tugas kita setiap mereka yang memegang ic malaysia untuk berubah. gue berkata juga kepada diri sendiri agar merubah diri sendiri, orang dikanan, dikiri, didepan dan dibelakang. kemudian jiran sebelah kanan, kiri, depan dan belakang kemudah beralih kepada masyarakat yang besar. Bukan sebagai ahli politik(tak kira mana mana parti) , kerabat rabat diraja, orang kaya kaya atau yang miskin serta average citizen seperti kita, bersatu atas nama Malaysia.

mari tunjukaan kuasa rakyat ...

melihat kebelakang dan menhargai mereka yang lepas amat perlu. kita disini harus juga melihat masa depan untuk kita kita juga.

selamat hari kebangsaan 31 Ogos 2010

p/s: karangan panjang untuk hari merdheka ..!!!

Filed under: SukaHati No Comments
23Aug/100

start work again

after 2 weeks++ attends training, now i start working abnormal again. Actually i start my morning shift yesterday.. coming late and almost EL because i forgot i supposed to work on sunday morning. A title bit relief not to many work and almost none haha. today also same so,can settle a few works should be done last week and already book date for raya leave.i dun have much raya spirit but need to take a long raya leavebecause rugi take just a few day, raya fall in the mid of my work shift, so take few day before or after is not berbaloi. need to come for work only a day and off again. so i took whole the week. habis cerita.

not many story can be written. fasting ma..need to keep our sense from all forbidden things, less talk more doing ibadah especially yang sunat2.

tank queu

Filed under: SukaHati No Comments
15Aug/100

Yusuf Islam – Father & Son

Filed under: SukaHati No Comments
8Aug/100

henset

my henset can be called
but can not received mesej
what wrong la..?
henset or line..
or
fate ask me to buy new phone kot
iphone sudeeyy...

Filed under: SukaHati No Comments
7Aug/100

again

i think my life is suck
hard to breath but
there are people
live worse than me
need to thankfuL
even still
stuck in the suck

Filed under: SukaHati No Comments
6Aug/100

jamm and damm

jamm...
road and my brain...
damm...
ooops...
sabo...
separuh dari iman...

Filed under: SukaHati No Comments
5Aug/100

dont understang

i dont understang
may be too old for me

Filed under: SukaHati No Comments
Page 1 of 3112345»102030...Last »
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline