Hantaran Al-Quran

Dipetik dari : Isu Hangat

“Sayang, ten­gok nih. Can­tiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat han­taran” pekik Jami­lah kepada Nabil..

“Sini pun can­tik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik men­cari bahan-bahan untuk dibuat han­taran. Ting­gal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada ter­jema­han arab” keluh Jamilah.

” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Terge­lak Jami­lah. Berba­ha­gia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nam­pak seronok saya lihat” tegur pak­cik berbaju putih. Jalu­ran baju ke bawah menam­pakkan lagi seri wajah seo­rang pak­cik dalam lingkun­gan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat han­taran. Mak­lum­lah, nak bina masjid” sen­gih Nabil. Jami­lah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pak­cik menyoal sam­bil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pak­cik” teragak-agak Nabil men­jawab. Jami­lah sudah di sebe­lah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar han­taran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pak­cik berhemah.

“Alah, pak­cik nih. Kacau daun pulak uru­san orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jami­lah muncul den­gan selamba jawapannya.

“Oh, bagus­lah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRah­man. Ada tafsiran lagi” cadang pak­cik. Mukanya nam­pak seperti orang-orang ahli masjid.

” Ala , besar lah pak­cik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jami­lah men­gangkat bungku­san Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jan­gan lupa baca ya” pak­cik den­gan selamba sam­bil mening­galkan pasan­gan tersebut.

“Sibuk je la pak­cik tu” Jami­lah mengomel.

Nabil keli­hatan serba salah.. Mungkin ‘ter­pukul’ den­gan kata-kata seo­rang pak­cik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinan­tikan sudah tiba.. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Ter­lalu indah buat pasan­gan teruna dan dara yang bakal dis­atukan. Nabil dan Jami­lah tidak sabar-sabar menan­tikan uca­pan indah terse­but. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assala­mualaikum semua” uca­pan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup sem­ula. Dirinya terke­jut. Jan­tung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak per­caya apa yang dipan­dan­gnya dihada­pan. Ahli-ahli kelu­arga berebut-rebut bersala­man den­gan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggut­nya putih. Jubah putih. Ram­but­nya ada yang berwarna putih.

“Inikah pen­gan­tin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jami­lah juga terkebil-kebil meli­hat keli­bat orang yang dike­nali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka menden­gar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengam­bil man­faat dari bacaan pen­gan­tin” cadang Ustaz Saad. Keli­hatan orang ramai mengiyakan. Mak­lum­lah, ustaz Saad meru­pakan antara orang dike­nali oleh ahli-ahli seba­gai pence­ramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya ini­lah saat pal­ing meny­er­amkan bagi dirinya. Peluh mem­basahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba men­ga­gahkan diri. Jami­lah masih meli­hat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti men­ga­gak benda yang seba­liknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sam­bil menun­jukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sun­nah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bis­mil­lahirrah­maani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Keli­hatan gemu­ruh satu rumah pen­gan­tin perem­puan. Ada yang keluar dari rumah mena­han gelak. Ada yang men­gelu­arkan air mata mena­han kelu­cuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jami­lah merah padam wajah­nya. Jami­lah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim. . Bis­mil­lahirrah­manir­rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMMRAA..” keden­gar suara gemer­sik Ustaz Sa’ad. Orang ramai keli­hatan ingin menden­gar lebih banyak lagi alu­nan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyam­bar kepalanya.

“Nabil, kamu jan­gan merendah-rendahkan kitab petun­juk iaitu Al-Quran. Ianya hen­dak­lah dibaca bukan sekadar dijadikan han­taran. Malah lebih malang per­lakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemu­dian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seo­rang mus­lim” tazki­rah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyam­pa­ian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu bela­jar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupa­nya, ayat­nya tetap sama, kedudukan­nya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan men­ja­ganya sehingga hari kia­mat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang men­gaku kitab Al-Quran seba­gai kitab petun­juk kemu­dian dia­baikan dia pasti dilak­nat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi berun­tungnya orang-orangnya meman­faatkan Al-Quran setiap hari, mem­ba­canya, meng­hafal­nya, menga­malkan men­jadikan hati ter­lalu ten­ang wala­pun dia bukan­nya seo­rang yang tinggi pela­jaran­nya, kaya hidup­nya dan seba­gainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dik­agumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang men­jadi han­taran per­tu­nan­gan sudah men­jadi diari kehidu­pan­nya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jan­gan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita bela­jar sama-sama. Jan­gan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jami­lah senyum di sisi suaminya, Nabil.

Dalam sepo­tong ayat dan hadis ada menerangkan:

“Sesung­guh­nya yang mengada-adakan kebo­hon­gan itu hanyalah orang-orang yang tidak beri­man den­gan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong.” (An-Nahl ayat 105)

“Barang siapa men­gatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hen­dak­lah Ia berse­dia mengam­bil tem­pat­nya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


p/s : dan kita tidak sem­purna

Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khal­i­fah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemu­ngkaran, saya berusaha untuk men­cari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menye­di­akan jawa­pan bagi soalan skim Infin­ity Down­line yang ditanyakan ini.

Beber­apa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas find­ings dan pan­dan­gan saya. Oleh ker­ana skim ini menawarkan sesu­atu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk mema­haminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut

Sta­tus Hukum Infin­ity Down­line & Login Face­book Dapat RM100

Oleh

Zaharud­din Abd Rahman 

Bertalu-talu orang bertanya berke­naan skim per­ni­a­gaan Infin­ity Down­line dan ada juga yang mena­makan­nya den­gan ‘Login Face­book dapat RM100 hari-hari’. Sebe­narnya saya amat skep­tic den­gan skim-skim sebe­gini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya ker­ana pada kebi­asaan­nya hasil penelit­ian akan menun­jukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh ker­ana itu, saya tidak dapat menyem­bun­yikan perasaan bim­bang meli­hat betapa mudah­nya umat Islam di Malaysia dike­lirukan den­gan skim seperti ini, pada­hal telah berkali-kali dije­laskan kon­sep dan asas untuk meni­lai halal dan haram dalam skim sebegini. 

Pada­hal, helah pihak-pihak pen­gan­jur skim terse­but amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu men­gelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam mem­per­beza­kan antara skim-skim sam­pah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khal­i­fah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemu­ngkaran, saya berusaha untuk men­cari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menye­di­akan jawa­pan bagi soalan skim Infin­ity Down­line yang ditanyakan ini.

Beber­apa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas find­ings dan pan­dan­gan saya. Oleh ker­ana skim ini menawarkan sesu­atu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk mema­haminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menye­mak web­site utama Infin­ity Down­line (selepas ini digu­nakan singkatan ID) melalui ‘whois’, seo­rang pengkaji persendirian men­da­p­ati, web ini tidak meny­er­takan info yang men­cukupi ten­tang pemi­liknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain “Whois”

The Whois infor­ma­tion for a web­site lists the owner and their con­tact infor­ma­tion. The owner of “Infin­ity Down­line” has pur­posely made their Whois infor­ma­tion pri­vate. While not always a bad thing, this could mean they have some­thing to hide. (rujuk  http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menun­jukkan kita tidak mem­pun­yai sebarang akses kepada nama pen­cipta dan pen­gu­ru­san penuh syarikat ID, malah sebarang komu­nikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang dise­di­akan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sen­ti­asa berjaga-jaga dari mendedahkan iden­titi kepada pihak berkuasa.

Peni­la­ian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang men­jadikan skim ini haram pada pan­dan­gan Islam. Man­akan tidak, seki­ranya web terse­but diti­adakan, semua sis­tem yang digu­na­pakai oleh ahli dalam menye­mak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situ­asi per­ni­a­gaan sedemikian adalah dite­gah di dalam Islam.

Bagi pihak yang mem­per­tika­ian huj­jah ini, sedar­i­lah huj­jah utama saya bukan whois atau lain­nya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mem­pun­yai sebarang pen­ge­nalan syarikat yang men­cukupi. Semuanya syarikat ’sam­pah’ yang berse­dia menghi­langkan diri apa­bila sam­pai waktu. 

Jika sesi­apa merasakan kes­im­pu­lan saya dalam hal ker­aguan latar­be­lakang syarikat itu salah, saya amat har­gai jika anda dapat mem­berikan nama pen­gu­ru­san lengkap dan nom­bor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta peja­bat dan nom­bor tele­fon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti mak­lumat con­tact yang ada pada web terse­but, yang mana kita perlu mening­galkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jan­gan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaf­tar den­gan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak pent­ing, yang pent­ing semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhu­j­jah, sila matikan huj­jah saya yang pokok bukan yang ranting.

2. Asal dan perkem­ban­gan syarikat

Memang benar, keli­hatan sis­tem ini berasal dari USA. Sta­tis­tic www.alexa.com juga menun­jukkan per­a­tu­san tera­mai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti den­gan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru den­gan fakta ini, jelas skim ini memang sedang men­da­pat tem­pat di kalan­gan ramai di selu­ruh dunia, sehingga jika dicari berke­naan­nya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji sys­tem ini seba­gai sis­tem ter­mu­dah men­da­p­atkan duit.

Peni­la­ian saya : Tahap terse­bar skim ini di selu­ruh dunia menun­jukkan tanda posi­tif tetapi ia sama sekali tidak menun­jukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mard­off yang berni­lai USD 5 bil­lion lebih keli­hatan reli­able, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apa­bila ia tidak berni­aga barangan sebe­nar dan hanya memusing-musingkan ken­tun­gan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sis­tem piramidnya.

Justeru, per­tum­buhan skim ini tidak mem­beri sebarang impak posi­tif kepada peni­la­ian hukum. Namun ia juga tidak mem­berikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, peni­la­ian hukum ter­letak kepada aspek-aspek lain dan perkem­ban­gan­nya di selu­ruh dunia dan dis­er­tai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh mem­buk­tikan ia adalah sebuah sys­tem yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu mem­buk­tikan ia legit­i­mate di sisi undang-undang.

3. Pro­duk yang dijual

Seba­gaimana dimak­lumkan di web mereka, pro­duknya adalah berupa ratu­san e-book, audio dan video train­ing untuk bela­jar meng­gu­nakan soft­ware ter­tentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio :

Out­sourcers Bible
Easy Niche Riches
Prof­itable Web Site
Find­ing a Lawyer
Cyber Law
Grant Writ­ing
Guerilla Mar­ket­ing Tac­tics
Busi­ness Card Mar­ket­ing Tac­tics
All About Acne
Patent Pend­ing
Bed­room To Board­room
Profit From Pub­lic Domain Data
Inter­net Finac­ing
Men­tor For­tunes
Invest­ing In You
Time Man­age­ment
Mar­ket­ing Moms
Wealth Build­ing Secrets
Vir­tual Plas­tic
Arti­cle Mar­ket­ing
Hir­ing and Retain­ing Good Employ­ees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Lever­ag­ing Pub­lic Data
Home Seller Power Tips
Web­site Super­nova Audio
You and Your Tat­too
Con­vert Docs To PDF
Blog­ging Your Way To Busi­ness Suc­cess
Inter­net Mar­ket­ing Mind­set
Viral Mar­ket­ing
Social Book­mark­ing Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Mar­ket­ing
How To Pro­mote
Mem­ber­ship Site Call
Mas­ter­mind Record­ings Mar­shall
Mas­ter­mind Record­ings Marc Gold­man
Mas­ter­mind Record­ings Kacper
Mas­ter­mind Record­ings Gis­la­son
Instant Best­seller
Prof­itable Forex Trad­ing
Extreme Per­suas­sion Strate­gie
Cus­tomer Tested Buy­ing Trig­gers
Explo­sive Influ­ence Tac­tics
Clever Profit Gen­er­at­ing Insights
Block­buster Cash Secrets
Covert Prod­uct Sell­ing Prin­ci­ples
Break­through Sales Solu­tions
Amaz­ing Adver­tis­ing Tips
Boot Camp
Mil­lion Dol­lar Copy
Inter­net Made Easy
How To Buy Into Suc­cess
Por­tal Prof­its
Busi­ness Meta­mor­pho­sis
Get­ting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Busi­nesses
Skip The Mis­takes To Suc­cess
Easy Money Inter­views
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Mike Stew­art
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Mike Lit­man
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 John Childers
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Joe Pol­ish
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 JJ Childers
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Armand Morin
Big Sem­i­nar Inter­view Atlanta 2004 Alex Mandossian

Beikurt pula senarai videonya :-

Affil­i­ate Mar­ket­ing 101
An intro­duc­tion To Affil­i­ate mar­ket­ing 10 min 06 sec
Affil­i­ate Net­works & Prod­uct Selec­tion 22 min 30 sec
Cre­at­ing Your Site– con­tin­ued 19 min 49 sec
Mar­ket­ing Your Site 19 min 36 sec
More About Mar­ket­ing & Clos­ing Thoughts 9 min 21 sec

Cam­ta­sia Train­ing Series
Intro­duc­tion To Cam­ta­sia 7 min 23 sec
Pro­duc­ing Your Cam­ta­sia Video 19 min 25 sec
Record­ing And Edit­ing Your Cam­ta­sia Video 7 min 56 sec
More About Edit­ing Part 1 7 min 00 sec
More About Edit­ing Part 2 7 min 47 sec
Cre­at­ing a Cam­ta­sia The­ater Project 8 min 03 sec

Dru­pal Train­ing Series
How To Install Dru­pal 11 min 30 sec
Set­ting Up Dru­pal 12 min 42 sec
Site Build­ing Options 20 min 27 sec
Adding Con­tent & Man­ag­ing Site Nav­i­ga­tion 13 min 50 sec
Orga­niz­ing Con­tent 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Mod­ules For Improved Func­tion­al­ity 24 min 52 sec
Set­ting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traf­fic Nego­tia­tor Installation
Install, Setup & Use Exit Traf­fic Nego­tia­tor On Your Web Page 16 min 46 bsec

Fire­fox 2 Train­ing Series
Fire­fox Installing Fire­fox 5 min 3o sec
Fire­fox Blue Ice 5 min 10 sec
Fire­fox Book­marks Man­ager 4 min 46 sec
Fire­fox Brows­ing His­tory 7 min 41 sec
Fire­fox Clear Pri­vate Data 4 min 59 sec
Fire­fox Brows­ing His­tory 7 min 41 sec
Fire­fox Down­load Man­ager 7 min 33 sec
Fire­fox Error Con­sole 4 min 00 sec

down­load files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen’s Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
man­age addons 7 min 10
phish­ing fil­ter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure trans­ac­tions 7 min 23
secu­rity overview 10 min 06
secu­rity zones 11 min 17
soft­ware explorer 13 min 41
spysweeper intro­duc­tion 6 min 36
spy­ware mal­ware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
tem­po­rary inter­net folder 10 min 36
under­stand­ing cer­tifi­cates 18 min 31
win­dows defender intro­duc­tion 11 min 05

Joomla Train­ing Series
Instal­la­tion 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Cre­ate The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Con­t­nued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec

Microsoft Access Train­ing Series
Access ACCDE Data­bases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File For­mat 1 min 45 sec
Access Lay­out View 2 min 32 sec
Access Nav­i­ga­tion Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Pass­word Secu­rity 2 min 43 sec
Access Nav­i­ga­tion Pane 2 min 41 sec
Access Access Pre­built Solu­tions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Tool­bar 2 min 27 sec

Microsoft Excel Train­ing Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Chart­ing 4 min 18 sec
Excel Con­di­tional For­mat­ing 4 min 44 sec
Excel Head­ers Foot­ers 2 min 03 sec
Excel New File For­mat 8 min 51 sec
Excel New Inter­face 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes Wor­dArt 3 min 09 sec
Excel Tem­plates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec

Microsoft Office Train­ing Series
MSOf­fice ver­sions 4 min 41 sec
MSOf­fice Upgrad­ing From A Pre­vi­ous Ver­sion 6 min 14 sec

Begi­t­u­lah beber­apa petikan pro­duknya yang boleh diper­olehi den­gan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pan­dang ia keli­hatan cukup baik, namun apa­bila diteliti tajuk-tajuk ter­tentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dila­rang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kan­dun­gan­nya sama ada halal atau haram. Lihat sahaja tajuk seperti tajuk “forex trading”-

Forex trad­ing ter­lalu banyak bercam­pur aduk den­gan yang haram, man­akala tajuk tatoo, bed­room, bible etc secara tidak lang­sung mem­beri keke­liruan ter­hadap kan­dun­gan­nya, walaupun telah dimak­lumkan bahawa isinya berlainan, ia tetap mem­bawa syub­hat yang besar sama ada pad ata­juk itu sendiri atau teknik-teknik per­ni­a­gaan di dalam­nya yang tidak sama sekali mengam­bil kira dis­plin per­ni­a­gaan Islam. Tam­ba­han pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta. 

Tam­ba­han pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.

Oleh itu, saya yakin, pro­duk ini hanyalah seba­gai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, konon­nya mereka men­jual pro­duk, sedan­gkan pro­duk yang dijual tidak mem­pun­yai sebarang kual­iti khas, malah semua kaedah dan tat­acara pen­gu­naan itu boleh den­gan mudah diper­olehi secara per­cuma di inter­net. Justeru itu, pro­duk seperti ini jelas adalah satu pro­duk tanpa nilai seperti ’sam­pah’ yang dihias bagi men­catikan gam­baran skim sahaja. Selain itu, semua pro­duk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh dike­tahui isinya ( khusus­nya bagi tajuk-tajuk ter­tentu yang tidak mem­bawa mak­sud yang direct) den­gan jelas kecuali sete­lah meny­er­tainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk men­jatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabun­gan­nya den­gan pel­ba­gai isu dan masalah lain yang dise­but dalam artikel ini, menye­babkan ia jatuh dalam sebuah skim per­ju­dian dan juga riba. 

Saya juga yakin majoriti yang mema­suki sys­tem ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan pro­duk itu, malah tidak meman­faatkan pro­duk yang diper­olehi itu. Malah mereka hanya baru ingin menge­tahui dan mem­buka isi pro­duk yang mereka miliki sete­lah artikel ini men­sasarkan masalah pada pro­duk. Sebe­narnya apa yang diingini adalah sys­tem reverse 2 up yang diwar­warkan mem­bolehkan peserta mem­per­olehi modal USD 25 den­gan hanya seo­rang dow­line, selan­jut­nya selaku upline mereka akan mem­per­olehi komisyen yang meru­pakan keun­tun­gan demi keuntungan.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas mem­per­li­hatkan niat dan kecen­derun­gan mereka adalah untuk bergiat dalam sys­tem money game dan bukan­nya berusaha mem­pro­mosikan produk-produk tanpa kual­iti mereka. Ini jelas apa­bila sis­tem komisyen lebih diu­ta­makan dalam pro­mosi berband­ing pro­duk. Produk-produk mereka tiada kual­iti khusus ker­ana ham­pir kese­mua tajuk pada pro­duk itu boleh dida­p­ati secara per­cuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.

SAMPAHKAH PRODUKNYA?

Ada yang bertanya dan berhu­j­jah bahawa pro­duk itu walaupun keli­hatan tidak berguna dan mudah diper­olehi secara per­cuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi seseten­gah orang namun ia berguna bagi seseten­gah yang lain, lalu adakah wajar saya men­ge­larkan seba­gai ‘sam­pah’ atau tidak.

Untuk mema­hami guna atau tidak gunanya sese­buah pro­duk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini ” al-Ibratu lil Ghalib as-Sya’i La Lin Nadir” (Ertinya : Pen­ga­jaran dan pengik­tibaran dalam san­daran sese­buah hukum adalah apa yang dia­mal atau ditang­gap oleh majoriti bukan bagi tang­ga­pan terpencil)

Kes ’sam­pah’ yang saya sebutkan mem­bawa dua mak­sud iaitu sama ada :-

1) Pro­duk itu memang tidak ada nilai dan kual­iti yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan meli­batkan beribu-beribu orang manu­sia mem­beli dan men­jualkan beru­lang kali. Hanya sekadar ia sebuah kom­pi­lasi tidak cukup men­jadikan ia sebe­gitu dig­i­lai oleh ramai orang. Hakikat­nya, sis­tem­nya yang dig­i­lai bukan produknya.

2) Pro­duk itu tidak sekalipun akan digu­nakan oleh peserta (iaitu berdasarkan tin­jauan majoriti dan pro­mosi ahli-ahli mereka), ia dik­enda­likan seperti ’sam­pah’ (yang tidak ter­pakai dan tidak digu­nakan), ia sekadar men­cukup­kan syarat untuk meny­er­tai sis­tem money game, piramid yang haram ker­ana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu berni­lai sam­pah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta seperti sam­pah yang tidak utama dalam perg­er­akan dan pro­mosi mereka. 

4. Plan pem­ba­yaran komisyen ( com­pen­sa­tion plan)

Perkara per­tama yang perlu difa­hami, apa­bila sesu­atu sis­tem atau skim upah­nya tidak disan­darkan kepada nilai jualan barangan atau pro­duk, ia adalah tanda awal ia meru­pakan sis­tem piramid, head hunt­ing atau money game.

Seperti yang dise­but di atas, skim ini meng­gu­nakan sys­tem reverse 2 up. Sedikit pen­eran­gan­nya boleh dil­i­hat dalam video yang dis­er­takan ini .

REVERSE TWO UP SYSTEM

Yang difa­hami darinya :

· Den­gan modal : RM100 ( 25 USD)

· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diper­olehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seo­rang akan terus dima­sukkan ke dalam akaun

· Perkara ini berlan­ju­tan hingga infiniti (melin­tang dan menegak)

CONTOH ; Sese­o­rang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Man­akala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Atau lebih detail­nya seperti berikut :-

Let’s say that every­one only gets 4 peo­ple their first week and duplicates…
Week 1
You get your 4, you pass 2 of them upline.
You keep 2. So 2 X $25 = $50

Week 2
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4.
So 4 X $25 = $100

*Add to that the peo­ple from the prior week rolling to this week

Week 3
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8.
So 8 X $25 = $200
*Add to that the peo­ple from the prior week rolling to this week

Week 4
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16.
So 16 X $25 = $400
*Add to that the peo­ple from the prior week rolling to this week

Week 5
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32.
So 32 X $25 = $800
*Add to that the peo­ple from the prior week rolling to this week

Week 6
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64.
So 64 X $25 = $1600
*Add to that the peo­ple from the prior week rolling to this week

Let’s skip to week 10…
Week 10
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024.
So 1024 X $25 = $25,600
*Add to that the peo­ple from the prior week rolling to this week

Itu­lah angan-angan peserta skim mat jenin, seo­lah begitu mudah untuk men­ca­pai tahap yang dipro­mosi di minggu yang ke 10. Seba­gaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang ter­dahulu, apa­bila yuran keahlian dijadikan san­daran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keun­tun­gan hasil kon­trak jual beli pro­duk yang unik den­gan kual­itinya. Ia jelas sebuah sys­tem yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN

Ini adalah petikan dari kem­pen sana sini upline ID (rujuk face­book mereka) :

Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi down­line main­tain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Pal­ing best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best pro­gram affil­i­ate –INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwar­warkan sebe­narnya bukan lagi USD 25 seu­mur hidup, rupa­nya adalah USD 25 sebu­lan!. Sedan­gkan pro­duk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi pro­duk bulan depan yang belum pasti akan diup­date oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum menge­mask­inikan pro­duknya, malah tidak dise­but secara jelas, man­akah pro­duk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memas­tikan upline layak men­da­pat komisyen orang down­line?. Jika itu­lah senar­i­onya, ia JELAS Riba malah juga mem­pun­yai unsur perjudian.

Per­ju­dian semakin jelas apa­bila, kega­galan ahli main­tain USD 25 setiap bulan akan menye­babkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak mener­ima komisyen orang bawah, kini dirinya diang­gap orang baru di bawah sis­tem kaki terse­but sete­lah pendaf­taran dan pem­ba­yaran sem­ula dibuat.

Peni­la­ian saya:

Menu­rut pan­dan­gan saya, sis­tem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam ben­tuk riba. Ini adalah ker­ana apa­bila pro­duk tidak lagi men­jadi uku­ran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah seba­gai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hada­pan melalui sys­tem ini. Hal ini dijalankan melalui sys­tem sys­tem reverse 2 up.

Ia meru­pakan satu ben­tuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukum­nya bagi perusa­haan mana-mana skim MLM atau affil­i­ate yang tidak mem­pun­yai pro­duk bersung­guh dan berkual­iti, seba­liknya pro­duk miliknya seperti ruan­gan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak rel­e­van kepada peng­guna khus­sunya yang tidak mahir bahasa Ing­geris (bagi kes ID semua pro­duk sam­pah­nya di dalam bahasa Ing­geris), atau apa jua pro­duk yang hanya dijadikan seba­gai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikat­nya, ahli bukan­nya ingin mem­beli pro­duk itu, tetapi untuk meny­er­tai rangka­ian serta mem­per­olehi wang darinya. Ia juga ter­ma­suk dalam yang diharamkan. Hal mem­beli pro­duk tidak benar den­gan niat utama mema­suki rangka­ian dan men­da­pat untung dari rangka­ian ini telah difat­wakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192–193.

Seba­gaimana juga dise­but di atas, ia juga mem­pun­yai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemu­ngk­i­nan iaitu RUGI (= kalah), atau terus men­da­pat komisyen lumayan dari down­line ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sis­tem komisyen ini boleh meng­hasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khusus­nya apa­bila masih belum ramai yang meny­er­tainya, namun itu bukan­lah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini mem­fokuskan kepada sama ada wang yang boleh diper­olehi itu meru­pakan sum­ber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan terny­ata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang mua­malat Islam.

KESIMPULAN AKHIR

1) Latar­be­lakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Pro­duk ID adalah tiruan, tidak pun­yai nilai sebe­nar, bercam­pur intipati yang haram dan tidak diper­lukan oleh major­ity ahli. Ini men­jadikan peny­er­taan ke skim ID adalah ker­ana inginkan pulan­gan melalui sys­tem reverse 2 up.

3) Aki­bat pro­duk tidak berkual­iti, tidak rel­e­van dan yang dipro­mosi adalah lebih kepada sis­tem komisyen, setiap yuran yang diba­yar adalah den­gan niat dan has­rat untuk men­da­pat lebih banyak keun­tun­gan tanpa sebarang jual beli sebe­nar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah ker­ana komisyen disan­dar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 men­jatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menu­rut penelit­ian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari meny­er­tai sys­tem ini. Sebarang pro­mosi dan mem­biarkan pro­mosinya beta­pak di web atau face­book anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu mem­bantu dalam perkara mak­siat dan dosa.

Adalah dihara­p­kan umat Islam khusus­nya bangkit dari tidur dan mimpi untuk men­da­p­atkan untung tanpa usaha yang setim­pal. Dalam Islam setiap keun­tun­gan mesti­lah bersum­ber dari pen­jualan sesu­atu aset atau dari usaha sebe­nar ter­hadap sesu­atu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas peny­er­taan orang ke dalam sesu­atu sis­tem pyramid.

Semoga kita semua diberi pem­bukaan hati dan minda untuk tidak meny­er­tai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali ter­je­bak, kegi­laan kepada wang, harta serta sis­tem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, pelu­ang dan ruang untuk yang menasi­hat dicerca adalah besar, demikian­lah tabiat orang mabuk apa­bila dinasi­hat. Justeru bersabar kalian dalam menasi­hati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sem­pat dis­e­la­matkan sebelum kemalan­gan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukan­lah sebuah fatwa, ia hanya nasi­hat dan pan­dan­gan. Jika ada yang tidak berse­tuju den­gan­nya, ter­pu­lang kepada saudara dan saudari untuk meno­laknya. Tiada sesi­apa yang memaksa untuk mene­r­i­manya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menye­la­matkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk men­caci maki di web ini.

Sekian

Zaharud­din Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Rabi’ul Awal 1431 H

27 Feb 2010

wasting

w

a

s

t

i

n

g

m

y

t

i

m

e

proton concept : cun or cung?

pro­ton con­cept using hybrid tech­nol­ogy

di copy dari : http://www.protonconcepts.com/

p1

kesimpulan dari cuti

Seperti ayam pulang ke reban. Begi­t­u­lah nasib seo­rang kuli yang ter­paksa pulang selepas bek­erja. Walaupun tak ada apa san­gat buat kat kam­pung (duduk bawah ketiak mak :p ) tapi cam kejap aje.  Makan tidur mem­buncitkan perut dah abis cuti, tak sem­pat perut nak boroi (walaupun perut dah cam kan­dun­gan dua bulan aje).

Duduk duduk sam­bil berfikir kadan­gkala kerja kerja kat kam­pung ni lagi mewah dari kerja kerja kat ban­dar. Walaupun tak glamer ker­ana tak bek­erja dalam peti ais (air­cond) tetapi rileks dan agak lumayan. Kos hidup kat kam­pung lebih kurang je kat ban­dar sekarang ni tapi in term benda benda lain still heaven. Ye la tak perlu pikir2 jem pergi kerja, balik umah pun jem. Duduk umah tinggi tak berha­la­man kete pun park­ing jauh. Con­toh pak cik umah sebe­lah aku ni, kerja bese2 ladang kelapa sawit tapi pen­da­p­atan mencecah 2 angka. Walaupun tak semua orang berna­sib macam tu tapi den­gan cara dan idea yang betul kita pun boleh gak. Harga barang men­tah espe­cially getah koko agak tinggi.  Kalu kena caranya menoreh sehari boleh dapat 100 kalu sebu­lan.. cam kerja kat opis2 beso kat kelumpo tu.

Tapi aku ni memang tak reti ape ape pasal per­tan­ian ni. Tanam pokok durian mati kalu suruh toreh getah mati lak pokok tu hehe. Tapi kalu nak buat part time ok gak. Cuma rajin dah malas. Orang orang sekarang lebih suke kerja kat ban­dar sebab cam high class je pada­hal kerja di kam­pung pun ok gak. Setand­ing dan setaraf malah ramai yang okb senyap senyap je. Bila kata nak berhenti kerja nak jadi petani, kon­pem ramai orang cakap bidak ni tak berapa betul.  Bese la men­tal­iti kita dilatih sebe­gini, kerja makan gaji mengkayakan bos aje. Kita??

Apa yang pasti di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Semakin tinggi cita cita kita semakin besar risikonya. Take it or leave it, our own choice.

Maju­lah sukan untuk negara.

4,000 lelaki didera isteri mohon pertolongan

Dipetik dari utu­san malaysia

21/02/2010 2:39am TAIPEI 21 Feb. – Lebih 4,000 lelaki di Tai­wan men­da­p­atkan per­to­lon­gan aki­bat didera isteri masing-masing tahun lalu, lapor Agensi Berita Pusat (CNA), semalam. CNA berkata, pada 2009, sera­mai 4,428 lelaki menghubungi tal­ian utama pen­der­aan yang dise­di­akan Kementer­ian Dalam Negeri untuk mem­inta ban­tuan aki­bat didera isteri mereka, iaitu meningkat berband­ing 1,325 yang dicatatkan tahun 2002. “Mereka ini menderita dari segi pen­der­aan lisan atau fizikal dari isteri. “Pun­canya segelin­tir wanita ini mem­pun­yai pen­da­p­atan lebih tinggi berband­ing suami, jadi mereka men­gua­sai rumah tangga dan bertin­dak memaki-hamun atau memukul suami mereka,” kata pegawai kementer­ian itu, Chang Hsiu-yuan yang men­gu­ruskan keganasan rumah tangga seperti dipetik CNA. Hsiu-yuan turut bert­er­ima kasih kepada pihak yang men­jalankan kem­pen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung per­samaan jan­tina yang mana semakin ramai lelaki berse­dia mela­porkan pen­der­aan yang dilakukan isteri kepada mereka. Namun, diband­ingkan den­gan keganasan rumah tangga yang dila­porkan wanita, jum­lah lelaki yang mem­buat aduan berhubung pen­der­aan isteri ter­hadap mereka adalah amat sedikit. Dalam masyarakat Cina, lelaki diang­gap ketua kelu­arga dan mana-mana suami yang dipukul isteri, kebi­asaan­nya akan berdiam diri ker­ana bim­bang men­da­pat malu. – Agensi

cuti raya

Antara benda yang best duduk di Malaysia ialah hari cuti yang berma­cam macam. Dise­babkan Malaysia mem­pun­yai pel­ba­gai kaum maj­muk maka setiap sambu­tan per­ayaan keaga­maan atau kaum pasti dis­am­but. Yang untungnya pekerja pekerja di Malaysia ker­ana dapat bercuti. Namun dike­cua­likan bagi mereka mereka yang bek­erja diba­ha­gian baha­gian kri­tikal seperti doktor,askar dan aku :p. Namun demikian tanpa menghi­raukan nasib negara (ayat macam orang pent­ing aje) aku terus mengam­bil cuti pan­jang. Pedu­likan semua hal hal duni­awi ini. Baik bertemu ibubapa terchenta di kam­pung (ayat bodek mak)

crash..

Dua tiga hari sebelum ini, win­dows aku crash. Tak bole nak buat apo dah, black screen aje. Mula mula ingat nak restore lepas tu cam x berape bes je. Trus aje men­cari win­dows 7 dan men­gin­stall­nya. Win­dows 7 is bet­ter than win­dows vista, but win­dows xp still the best after win­dows 98 hehe. Bila win­dows vista keluar dulu ada try guna tetapi pada masa tu ter­lalu awal sgt gamaknya sam­pai banyak benda tak leh nak guna. Plak masa tu keje seb­gai penulis surat elek­tronik jadi banyak guna pak cik ora­cle. So tak berape boleh blah tam­ba­han ia san­gat berat(kira kira 0.1 tan gamaknya)  win­dows asyik hang aje. So tanpa mem­buang masa terus saja menyah kelu­arkan win­dows vista pakai xp balik. Tapi sejak kerja seba­gai seo­rang budak seko­lah tak berapa meng­gu­nakan super advance pro­gram dan kom­puter digu­nakan hanya untuk ten­gok muvi aje. Alang alang nak ten­gah rajin meng­gode kom­puter terus aje install win­dows 7. Nam­paknya ok la peng­gu­naanya macam xp juga cuma agak ala ala mac. Dreber dreber pun kira update sebab bole recy­cle drebar vista. So layanz je la.

Beber­apa hari kemu­dian tamat palk riwayat mon­i­tor aku yang digu­nakan dah entah berapa lama. Sejak zaman u sam­pai dah kerja dekat dua tahun ni akhirnya tamat la riwayat mon­i­tor yang dah berapa kali di baiki. Memang mon­i­tor dah agak agak nazak dah. Tiap tiap ming­gui padam kejap kejap. DIse­babkan fak­tor keme­le­se­tan ekonomi rela paksa guna. Tapi last last tak som­pet nak tunggu bonus dah kena ganti baru. Ter­paksa la upgrade ke 23 inch lcd monitor.

kes­im­pu­lanyya gaji awal giler bulan ni sem­pena menyam­but kehadi­ran tahun baru cina. Aku juga mengis­ti­harkan diri sendiri cuti untuk sem­i­nggu ker­ana terp­kasa ke hongkong. ayat tipu haha. gaji awal bermak­sud pokai awal. dah ready siap siap beli magi untuk bekalan hujung bulan.

sekian, ter­ima kasih.

yuna — cinta sempurna


Lirik Cinta Yang Sem­purna – Yuna

Aku manu­sia lemah
Selalu ter­jatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku keku­ran­gan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sem­pur­nanya sifatmu
Telus­nya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kes­brnmu
Lep­askan­lah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk mem­nag­gung sebuah cinta sem­purna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak per­nah
Mengerti dirmu
ku san­jung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewu­ju­dan
Ohhh

Sem­pur­nanya sifatmu
Telus­nya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kes­brnmu
Lep­askan­lah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menang­gung sebuah cinta sem­purna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

karangan no 1

Tahun berlalu menam­pakan usia aku semakin tua, semakin mendekati mati. Bila tahun berubah banyak benda kelil­ing kita berubah tetapi seperti biasa aku memang tetap sama.  Yang berubah cuma perut sahaja makin ke depan.

Bos aku telah naik pangkat sejak dua kali meno­lak offer sebab posi­tion tak beber­apa sesuai katanya. Tapi dia memang deserve with his capa­bil­i­ties and tal­ent. Respek. Teknikal, PR dan soft skill memang superb. Jaga helpdesk bukan senang 24 hours orang call mak­lum la wayar asik ter­pu­tus aje. Tapi muka cool je walaupun nam­pak akhir2 ini berser­abut haha. Bos dah berubah dan harap harap bos baru pun OK.

Pada suatu hari yang lepas bos datang borak borak den­gan kitao­rang bebu­dak helpdesk dan tiba tiba bertanya ten­tang my tar­get for next 5 years. Soalan cam pergi inter­view ker­a­jaan je. Macam bese aku memang tak ada apa apa tar­get dan malas nak setup tar­get. Cam bese la kalau jawab macam tu memang nak kena khut­bah jumaat. Dulu masa lepas SPM, aku tak tahu nak ambik degree ape. Den­gan result yang cukup makan aku pilih elektrik.Nak jadi dok­tor takut darah. Dise­babkan elec­tri­cal bidang engi­neer­ing tak perlu berpanas dan berhu­jan haha. Alasan orang memang pemalas. Mula mula aku nak ambik ani­ma­tion and design(terpengaruh baca banyak gile komik)  tapi macam macam tak berapa sesuai aje.  Kalau tak dah tentu aku jadi peno­long Mah Wing Sing haha.

Beliau mem­beri analogi – dalam com­pany aku ada 23,000 orang perk­erja. My depart­ment only ada dita­m­bah tolak bahagi ada la dalam dekat dekat 600–700 kot.  GM ada 1, AGM ada 4, man­ager ada la dalam belas belas kot dan orang orang macam aku ada dlam 1++. Soalan­nya apa yang mem­beza­kan aku den­gan orang lain yang mem­bolehkan aku boleh naik satu step sahaja ke atas. Nak menunggu pak cik – pak­cik bersara lam­bat lagi la. SO berma­cam macam gaya dan ragam manu­sia dapat dil­i­hat. Ada yang suka men­gair cond kan boss, ada yang suka pot pet tapi keje tak de, ada yang guna cable fiber supaya laju sket naik. So bagaimana aku..? jawa­pan aku dalam hati ialah aku tak ambik tahu hehe.

Memang aku seo­rang tak bermasa depan haha. Prin­sip aku jika kita berk­erja den­gan ikhlas tak pelu mem­bodek bodek berlebi­han pasti Allah mem­beri apa yang patut kita dapat. Aku pun bukan seo­rang yang rajin san­gat dan tak berapa nak san­gat pun jawatan pe pe pun, Sekarang pun dah OK. Kalu suruh masuk meet­ing pun dah merungut meman­jang haha. Tapi future hanya tuhan yang tahu. Begi­t­u­lah jawa­pan aku san­gat pan­jang lebar dalam hati tapi bila depan bos ye kan aje haha.

Tapi mengikut kata kata pakar motibasi yang kita selalu den­gar. Sep­a­tut­nya kita ada tar­get at least short tar­get.  Macam macam tahun lepas ada la dua tiga tar­get aka azam tahu­nan tapi tak berape ber­jaya dis­em­pur­nakan tahun nie. So azam tahun ini dalah menyam­bung azam tahun lepas. Jan­u­ari 2010 ham­pir berlalu masih ada 11 bulan lagi. Masa sen­ti­asa berg­erak tanpa kita sendiri tak menyedari bahawa kita sudah ter­lalu jauh. Jauh dari apa kita ran­cang, jauh dari tuhan ker­ana ter­lalu menge­jar apa yang kita rasa patut dikejar.

Sekian sahaja karangan saya yang berta­juk azam tahun ini. Sung­guh  pan­jang sekali menaip ker­ana ter­lalu rajin tak de kerja.

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline
This website uses a Hackadelic PlugIn, Hackadelic Codification 0.4.